Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

GO-TO-SAFETY-POINT (GTSP) Kolaborasi PDRM dan Pengusaha Stesen Petrol

By 27 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Nurazreen Bt Abd Rahman (Seberang Perai Utara)

MAK MANDIN, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Program GO-TO-SAFETY-POINT (GTSP) antara kolaborasi pihak Polis Diraja Malaysia dengan pihak stesen minyak sebagai usaha mengukuhkan kerjasama sekaligus meningkatkan tahap keselamatan masyarakat. Tujuan utama GTSP ini adalah untuk mewujudkan satu tempat selamat di mana orang awam boleh mendapatkan bantuan sewaktu dalam keadaan kecemasan.

Pelancaran Program GTSP Peringkat Kontinjen Pulau Pinang ini dirasmikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, YDH CP Dato’ Narenasagaran Thangaveloo. Turut hadir sama dalam program tersebut adalah Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pulau Pinang, YDH SAC Dato’ Mohamad Anil Shah, Pengusaha Stesen Shell Mak Mandin, Tuan Haji Abdullah bin Mohamed Nor, pegawai-pegawai kanan Polis dan pegawai rendah Polis dari kontinjen Pulau Pinang serta pengusaha stesen minyak Petronas, Petron, Caltex dan BHP sekitar Daerah Seberang Perai Utara.

Pelancaran Program GO-TO-SAFETY-POINT (GTSP) Peringkat Kontinjen Pulau Pinang oleh Ketua Polis Pulau Pinang, YDH CP Dato' Narenasagaran Thangaveloo

Pelancaran Program GO-TO-SAFETY-POINT (GTSP) Peringkat Kontinjen Pulau Pinang oleh Ketua Polis Pulau Pinang, YDH CP Dato’ Narenasagaran Thangaveloo

Objektif utama GTSP ini juga memberi peluang kepada pengusaha stesen menunaikan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat selain penglibatan  orang awam untuk bersama-sama mencegah jenayah di kawasan masing-masing dan pada masa sama membantu mangsa yang berada dalam keadaan kecemasan dalam  melahirkan kesedaran kepada orang awam bahawa keselamatan adalah tanggungjawab bersama.

Penyampaian cenderamata

Penyampaian cenderamata

Taklimat ringkas berkenaan “Safety Talk” di sampaikan oleh En Raynor Chuah, Shell Territory Retail Manager.  Gimik Pelancaran dan pertunjukan demontrasi Seni Silat Tempur Polis berserta  demontrasi “GO-TO-SAFETY-POINT (GTSP) telah dipertontonkan kepada orang awam sebagai maklumat dan panduan di samping edaran risalah maklumat keselamatan.

-II-

Tinggalkan komen anda