Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanHomeMASabah

Jauh Mengembara, Malaysia Tetap Dihati

By 27 Ogos 2019Tiada komen6 minit bacaan

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Azman Jumat(Kota Kinabalu)

TAWAU, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Keseronokan mengembara ialah apabila ada kerjasama berpasukan yang baik dan kalangan peserta yang saling melengkapi jika ada sesuatu masalah yang timbul.

Jarak perjalanan yang jauh juga tidak terasa jika sepanjang perjalanan dipenuhi dengan gurauan dan celoteh ahli-ahlinya walaupun sekadar terdengar dari corong walkie talkie.

Lebih daripada itu, adalah semangat waja yang dibawa oleh setiap individu yang terlibat pada Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2019 anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) untuk membawa Jalur Gemilang dan mengedarkannya ke setiap destinasi yang terpilih agar semarak merdeka dan gelora hari kebangsaan di rasai di seluruh negeri di bawah bayu ini.

Hassan Nuron

Hassan Nuron

Berbual dengan ahli perniagaan Hassan Nuron, 47 yang juga merupakan anak jati Tawau benar-benar memberikan inspirasi selepas mendengar pengalaman-pengalamannya mengembara dari daerah ini merentas benua Asia ke London.

Hassan ditemui ketika beliau turut serta sebagai salah seorang pengiring bermotosikal KMJG Sabah untuk hari ke enam dari daerah Tawau menuju ke Merotai dengan flag off yang dilepaskan oleh Pembantu Menteri kepad Ketua Menteri Sabah, Datuk Jimmy Wong Sze Phin merangkap ADUN N57 Sri Tanjong.

Menurut Hassan, hanya dia seorang peserta Sabah dalam pengembaraan bersama tiga sahabatnya pada September 2015, dengan pengembaraan dimulakan dari Tawau ke Senawang, Negeri Sembilan dan berakhir di London pada Disember 2015 yang mengambil masa selama kira-kira 100 hari.

Masyarakat Merotai turut sama menggelorakan kibaran jalur gemilang.

Masyarakat Merotai turut sama menggelorakan kibaran jalur gemilang.(foto:Marusin Minuddin)

“Namun begitu hanya saya seorang ke London manakala tiga orang lagi rakan saya pergi ke destinasi yang berlainan iaitu ke Turki, Itali dan Belanda dan sampai ke destinasi masing-masing pada akhir 2015 juga.

“Pada pengembaraan kami berempat, sudah pasti ada kenangan pahit dan manis yang kami tempuhi. Cuma saya tersentuh ketika saya berada di New Delhi yang merupakan satu kota yang besar.

“Kepadatan penduduk di sana begitu ramai, budaya bermotosikal di sana cukup berbeza dengan kita di Malaysia.

Ma'mun(dua dari kanan) ketika ditemubual pemberita sambil ditemani oleh Patrick (kanan).

Ma’mun(dua dari kanan) ketika ditemubual pemberita sambil ditemani oleh Patrick (kanan).

“Faktor keselamatan memang menjadi keutamaan dan suatu ketika saya berada di atas lebuh raya dalam keadaan yang begitu sesak dan panas di mana saya seolah-olah berada dalam sebuah bilik kecil apabila di kiri kanan dan depan belakang saya di kelilingi oleh lori,”kongsinya.

Tambah Hassan, berbeza pula pengalaman ketika berada di Pakistan apabila prosedur disana menetapkan mana-mana warga luar yang berkunjung akan di iringi oleh pihak polis.

“Maka kami sentiasa diiringi dari satu hentian ke satu hentian kerana ada antara bandar yang berlaku ketegangan antara puak di sana jadi apabila masuk ke bandar itu, kami diarah untuk berpatah balik ke arah bandar yang lain pula.

Ma'mun ketika flag off KMJG Sabah di hadapan Pejabat Daerah Kalabakan.

Ma’mun ketika flag off KMJG Sabah di hadapan Pejabat Daerah Kalabakan.

“Terkenang satu malam dikhabarkan terdapat bom yang di pasang berhampiran hotel yang kami menginap, maka kami terpaksa mengemas barang dan berpindah ke lokasi lain pula atas aspek keselamatan.

“Namun memandangkan lokasi yang baharu itu tiada sebarang tempahan yang kami lakukan, maka kami dipelawa untuk bermalam di balai polis dan kami terima walaupun dalam keadaan yang kurang selesa,” ujarnya.

Kata Hassan, minatnya kepada aktiviti permotoran, membuka ruang padanya untuk mengembara disamping ingin membuka minda melihat negara luar.

Peserta konvoi singgah sebentar di Maliau Basin untuk merakamkan kenangan.

Peserta konvoi singgah sebentar di Maliau Basin untuk merakamkan kenangan.

“Bila sudah ke negara luar, kita lebih menghargai Malaysia dengan masyarakat yang majmuk, tiga kaum utama hidup dengan harmoni, dapat duduk dan berceloteh bersama di kedai makan menjadikan itu kelebihan kita.

“Satu lagi kelebihan makanan di Asia terutama sekali Malaysia ada pelbagai jenis berbanding Eropah, tapi yang lebih hebat kita ada toleransi di sini berbanding negara luar yang sesetengahnya ada yang pentingkan diri sendiri.

“Namun secara keseluruhannya mereka menerima warga luar dengan tangan terbuka, dan ada suatu ketika motor mengalami masalah, mereka dengan senang hati menghulurkan bantuan,” katanya.

Peserta konvoi bersama-sama berganding bahu memperbaiki kenderaan yang rosak dalam perjalanan ke Nabawan.

Peserta konvoi bersama-sama berganding bahu memperbaiki kenderaan yang rosak dalam perjalanan ke Nabawan.

Namun, bagaimana hebat pun negara luar tetapi anak-anak Malaysia ini pasti merindui tanah air sendiri yang mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan yang sentiasa tersemat di hati.

“Sebenarnya rasa rindu itu datang tidak lama selepas meninggalkan Malaysia apabila kami sudah melepasi Thailand dan masuk ke Myanmar yang kebetulan jatuh pada Hari Raya Aidil Adha.

“Sudah tentu di sana tiada sambutan seperti di tempat kita, tapi kami raikan juga sesama kami sambil merindui makanan yang sedap-sedap di Malaysia seperti ketupat dan rendang ayam,”ujarnya.

Pelajar SK Pekan Nabawan mempersembahankan tarian kenudayaan untuk peserta konvoi.

Pelajar SK Pekan Nabawan mempersembahankan tarian kenudayaan untuk peserta konvoi.

Menurut Hassan, dia sering berkongsi mesej yang tersirat pada pengembaraannya bersama teman-teman, walaupun setiap negara punya kelebihan masing-masing namun jati diri sebagai rakyat Malaysia kekal dalam dirinya.

Apa yang paling penting katanya, satu kelebihan sebagai rakyat Malaysia yang kita tidak dapat nafikan ialah negara kita sememangnya aman dan tiada peperangan dan perkara itulah yang harus kita syukuri.

Selepas meninggalkan Merotai yang disempurnakan acara flag off oleh Pembantu Menteri Kewangan, Saifuddin Hata merangkap ADUN N.58 Merotai, konvoi menyusuri sejauh hampir 61km memenuhi jemputan Ahli Parlimen P.191, Ma’mun Sulaiman untuk mengimarahkan Pejabat Daerah Kalabakan yang baharu.

Antara peserta yang bersemangat menyanyikan lagu Malaysia Bersih.

Antara peserta yang bersemangat menyanyikan lagu Malaysia Bersih.

Menurut Ma’mun, beliau berbangga apabila peserta KMJG Sabah hadir ke Pejabat Daerah Kalabakan, iaitu sebuah pejabat yang sudah lama dinantikan oleh masyarakat sekitar demi pengurusan pembangunan yang mampan di sana.

“Mereka disini menanti pembangunan yang boleh dipercepat kerana sudah lama ketinggalan, jadi di harap Pejabat Daerah akan merancang segala pembangunan dan peluang – peluang pekerjaan di sini.

“Kita mahu pelabur datang ke Kalabakan, tapi kita harus siapkan dahulu infrastruktur asas yang perlu ada di sini, jadi bangunan ini adalah sebagai pemangkin.

Ahuar(tengah) menerima bendera daripada Ketua Konvoi, Patrick Liang Ngau (tujuh dari kanan)

Ahuar(tengah) menerima bendera daripada Ketua Konvoi, Patrick Liang Ngau (tujuh dari kanan)

“Dengan kehadiran peserta konvoi di sini juga memberi semangat kepada penduduk Kalabakan dan kami tidak rasa tersisih memandangkan kami jauh daripada Tawau.

“Hari ini menjadi sejarah buat pertama kalinya konvoi KMJG Sabah singgah ke Kalabakan untuk menyemarakkan semangat merdeka, maka marilah kita sama-sama wujudkan sifat cintakan negara dan usah lupakan juga pejuang-pejuang.

“Di sinilah juga tempat yang paling bersejarah apabila seramai lapan orang tentera kita terkorban ketika konfrontasi Malaysia – Indonesia dahulu, jadi jangan sesekali kita lupakan,” kata Ma’mun.

Masyarakat Tenom merakam kenangan bersama peserta konvoi.

Masyarakat Tenom merakam kenangan bersama peserta konvoi.

Tambahnya, Kalabakan ini banyak potensi untuk aktiviti barter trade jika pintu Sempadan sudah di buka nanti di Serudong, dan mereka juga akan wujudkan pusat Custom, Immigration, Quarantine and Security (CIQS) dengan harapan daerah itu akan berubah wajah.

Selepas Ma’mun menyempurnakan acara flag off di Kalabakan, KMJG Sabah merentas perjalanan selama tiga jam lagi dan tiba di Nabawan sekitar 5.30 petang.

Ketibaan konvoi disambut oleh Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah Pensiangan, Ahuar Rasam beserta tarian kebudayaan khas buat peserta-peserta konvoi oleh adik-adik pelajar SK Pekan Nabawan.

Acara memotong kek untuk anak merdeka di Tenom

Acara memotong kek untuk anak merdeka di Tenom (foto:Johnny Joklis)

Untuk lokasi terakhir hari ke-15 KMJG Sabah, konvoi disambut dengan meriah oleh masyarakat Tenom bersama-sama ADUN N.36 Kemabong, Jamawi Jaafar.

Masyarakat Tenom dan peserta konvoi juga dihiburkan dengan persembahan daripada artis-artis Pentarama serta cabutan nombor bertuah.

ER

Tinggalkan komen anda