Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Jalur Gemilang Tawan Bukit Bauk

By 27 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mahadi Mustafa/ Mazlan Tawang (Dungun)

DUNGUN, 27 OgosĀ  (Malaysiaaktif) – Demi membangkitkan Sambutan Hari Kebangsaan 2019, hampir 400 peserta sukan lasak menzahirkan rasa cinta pada negara dengan menawan Puncak Bukit Bauk, Dungun, Terengganu baru-baru ini.

Program Merdeka @ Komuniti ā€“ Kembara Bukit Bauk, anjuran Pejabat Penerangan Daerah Dungun dengan kerjasama jabatan, agensi kerajaan serta komuniti Bauk Hikers dilihat mampu menyuburkan rasa cinta pada negara apabila setiap peserta yang hadir bersemangat meneruskan pendakian dengan membawa Jalur Gemilang dan seterusnya mengibarkannya sebaik sahaja sampai ke puncak bukit tersebut.

Peserta Merdeka@Komuniti-Kembara Bukit Bauk mandapat sambutan yang hebat dari kalangan warga Dungun

Peserta Merdeka@Komuniti-Kembara Bukit Bauk mandapat sambutan yang hebat dari kalangan warga Dungun

 

Selain menekankan aspek keselamatan dan kesihatan, elemen pendidikan dalam memperkukuhkan jati diri turut ditekankan.Ā  Sebelum memulakan pendakian, taklimat ringkas ā€˜Kibarkan Bendera Kitaā€™ telah di sampaikan oleh Wakil Pegawai Penerangan Daerah, Mahadi Mustafa dan diikuti nyanyian Lagu Negaraku serta Lagu Jalur Gemilang bagi menaikkan semangat cintakan Negara.

Wakil Pegawai Penerangan Daerah Dungun, Mazlan Tawang menyampaikan gimik penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah (Bertopi)

Wakil Pegawai Penerangan Daerah Dungun, Mazlan Tawang menyampaikan gimik penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Polis Daerah Dungun Suprintendan Baharudin Abdullah (Bertopi)

Program yang diadakan seawal jam 7.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah.
Menurut peserta Norfaezah, 33, beliau berkongsi rasa puas dapat menawan Bukit Bauk dengan semangat merdeka dan mengibarkan Jalur Gemilang pada ketinggian 472 meter sambil melihat panorama indah dan mempesonakan. Manakala bagi Sapira Che Soh, 35, pula, pendakian sama seperti aktiviti ekstrem yang lain yang mana mereka mempunyai misi tersendiri.

ā€œKepuasan yang dicari itu bermacam-macam, ada yang mahu tawan puncak, ada yang ingin uji stamina dan melihat panorama sepanjang pendakian. ApapunĀ  kepuasan yang kita cari pada hari ini, itulah mesej perpaduan dan semangat muhibah rakyat Malaysia dalam menzahirkan rasa cinta pada negara”

“Kejayaan program yang dianjurkan pada kali ini memberi semangat kepada beliau dan rakan-rakan untuk menyertai program sebegini di masa akan datang katanya mengakhiri perbualan.”

-II-

Tinggalkan komen anda