Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Semai Semangat Cintakan Negara Dikalangan Pelajar

By 30 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Robin Junang / Eleannor Bedai Tinggom (Kuching)

KANOWIT, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Institusi sekolah merupakan gelanggang terbaik untuk membentuk  nilai-nilai murni dan sahsiah mulia generasi muda. Dari sekolah juga bermula penyemaian  semangat patriotik serta kenegaraan kepada pelajar.

Pendidikan sejarah yang diajar di sekolah merangkumi peristiwa serta kisah perjuangan dan kemerdekaan boleh dijadikan ikhtibar kepada mereka mengenai penjajahan  terhadap negara selama 508 tahun oleh negara asing.

Ketika  dalam proses pembentukan kemerdekan, negara berhadapan  dengan ancaman komunis. Ramai anggota keselamatan terkorban semasa menentang komunis  yang cuba membawa ideologi komunisme di negara ini.

Menurut pegawai penerangna Konawit Eleannor Bedai Tinggom, para pejuang dahulu telah sanggup berkorban bagi mempertahankan negeri dan negara ini agar bebas dari penjajah.

Para pelajar menungu di perkarangan sekolah untuk menyambut kehadiran konvoi Kembara Merdeka di SMK Sedaya

Para pelajar menungu di perkarangan sekolah untuk menyambut kehadiran konvoi Kembara Merdeka di SMK Sedaya

Generasi hari ini  hidup dalam keadaan selesa kerana mereka tidak merasai keperitan tetapi hanya mendengar peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku sewaktu zaman penjajahan.

Sebelum itu, Eleanor menerangkan tentang program Kempen Kibar Jalur Gemilang yang disambut setiap tahun. Beliau menyatakan  Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG)  bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini bagi melahirkan rasa kecintaan sekaligus memperkukuhkan semangat patriotisme kepada negara dalam kalangan rakyat.

Beliau turut memaklumkan berkenaan dengan Hari Malaysia yang disambut  pada 16 September 2019  ini, di Padang Merdeka, Kuching.

Pegawai Tadbir Kanowit, Herman Gilbert mewakili Pegawai Daerah Kanowit menyatakan generasi hari ini bertuah kerana berbagai prasarana telah wujud dan disediakan oleh kerajaan.

penyerahan Jalur Gemilang oleh Eleannor Bedai kepada Pegawai Tadbir Daerah  Kanowit, Herman Gilbert

penyerahan Jalur Gemilang oleh Eleannor Bedai kepada Pegawai Tadbir Daerah Kanowit, Herman Gilbert

Generasi pelajar hari ini harus mengambil peluang untuk mencapai kejayaan kerana banyak prasarana telah disediakan bagi memudahkan pencapaian sama ada di dalam bidang akademik atau bukan akademik.

“Sebagai generasi abab baru, para pelajar hendaklah menggunakan peluang dan memanfaatkan ilmu untuk mencapai kejayaan akademik dan kehidupan”.

“Gunakan ilmu itu sebaik mungkin untuk diri-sendiri, keluarga dan negara. Jadilah generasi yang bersemangat patriotik serta setia kepada negara,” ujar beliau lagi.

Majlis yang diadakan di Dewan Gemilang Cita SMK Sedaya Kanowit ini dihadiri kira-kira 500 orang terdiri daripada para pelajar, warga sekolah, pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan dan agensi di Kanowit.

Sebelum itu, pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di perkarangan Pejabat Penerangan Kanowit disertai seramai 100 orang dengan 13 buah kenderaan. Konvoi KMJG ini bergerak ke SMK Sedaya Kanowit sejauh 24 kilometer bagi upacara sambutan program.

Antara pengisan aktiviti ialah nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Malaysia Bersih, persembahan kebudayaan, ucapan, simbolik penyerahan Jalur Gemilang dan persembahan Konsert Ambang Merdeka oleh kumpulan The Crew.

Antara tetamu yang hadir ialah Pegawai Tadbir Daerah  Kanowit, Herman Gilbert wakil Pengetua SMK Sedaya Mohammed Rusdi,, wakil Pegawai Pendidikan Kanowit Pitrus Kassim, Pegawai Perhubungan sekolah PDRM Insp Shazrin Nizam, Penyelia Kemas Kanowit, Siti Ja’auyah  dan Pengurus Giatmara Kanowit, Hanafi.

Tinggalkan komen anda