Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePutrajaya

KMJG19: Konvoi Tiba Di Negeri Kedah

By 17 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Idham Ishak/Edi Rizam/Nizam Zanil  (Putrajaya)

 

ALOR SETAR 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang memasuki hari ke-sembilan selamat tiba di negeri Kedah hari ini setelah melalui perjalanan dari Gerik, Perak.

Konvoi yang melibatkan 62 kenderaan terdiri daripada pelbagai jenis dan penglibatan dari 133 orang peserta tiba di Kolej Komuniti Baling sebagai hentian pertama konvoi di negeri ini, pagi ini. Konvoi yang disambut oleh Penyelaras Parlimen Baling, Mohamad Taufik dan Pengarah Kolej Komuniti Baling, Sobah bt. Abd. Hamid juga telah menyaksikan pelancaran program Merdeka@Komuniti peringkat daerah Baling.

Penyelaras Parlimen Baling, Mohamad Taufik memotong kek bagi merasmikan majlis

Penyelaras Parlimen Baling, Mohamad Taufik memotong kek bagi merasmikan majlis sambil disaksikan Mohd Roffee, Ketua Konvoi KMJG

Mohamad Taufik di dalam ucapannya juga menzahirkan penghargaan beliau kepada Jabatan Penerangan Malaysia di atas inisiatif KMJG ini selain dari berkongsi rasa kagum beliau dengan tetamu yang hadir mengenai pengorbanan peserta konvoi yang meninggalkan keluarga dan kerjaya untuk menyertai konvoi ini.

Sekolah Kebangsaan Kampung Belukar, Padang Terap telah menjadi hentian kedua buat konvoi hari ini. Konvoi yang diiringi oleh persembahan tarian masyarakat Siam juga telah dirasmikan oleh Penyelaras DUN Pedu, Hashim Bin Idris. Antara pengisian lain yang didapati di dalam hentian kedua ini juga adalah sesi motivasi merdeka bersama Lan Pet Pet kepada hadirin yang datang.

Lan Pet Pet bersama sekumpulan kanak-kanak yang membuat persembahan tarian masyarakat Siam

Lan Pet Pet bersama sekumpulan kanak-kanak yang membuat persembahan tarian masyarakat Siam

“Kami datang bukan untuk minta wang ringgit dari anda semua, tetapi apa yang kami minta cuma Doa agar kami semua selamat pergi dan selamat kembali sepanjang perjalanan konvoi ini demi membawa seutas kain yang bernama Jalur Gemilang.” Ucap beliau yang juga merupakan Ikon Kelab Permotoran J17 yang turut sama menyertai KMJG tahun ini.

Taman Jubli Menara Alor Setar menjadi hentian ketiga dan yang terakhir buat konvoi pada hari ini menyaksikan juga Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Kedah. Konvoi KMJG yang tiba pada jam 3 petang itu telah disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Mohd Firdaus Ahmad mewakili Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mohd Firdaus Ahmad (Berbaju merah) bersama tetamu kehormat yang lain mengibarkan Jalur Gemilang

Mohd Firdaus Ahmad (Berbaju merah) bersama tetamu kehormat yang lain mengibarkan Jalur Gemilang

“Konvoi pada kali ini adalah untuk menyampaikan mesej kepada rakyat terutamanya, untuk kita menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dan juga kita menyampaikan mesej di mana kita perlu menjiwai bulan kemerdekaan itu sendiri.”

Konvoi KMJG ini akan meneruskan perjalanannya menuju ke Kangar, Perlis pada keesokan harinya.

-II-

 

 

Tinggalkan komen anda