Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

‘Joh’ Maskot Tahun Melawat Johor 2020

By 17 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Mohd Zahid Othman/Najib Mohaini (Johor Bahru)
 
JOHOR BAHRU, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – ‘Joh’ yang diinspirasikan daripada karakter Harimau Malaya dipilih sebagai maskot Tahun Melawat Johor 2020.

‘Joh’ merupakan singkatan dari nama Johor yang membawa maksud keberanian dan semangat kebebasan yang dimiliki oleh rakyat negeri ini.

Maskot tersebut telah direka oleh seorang pereka grafik berasal dari Kluang yang telah menjuarai pertandingan mereka cipta maskot Tahun Melawat Johor 2020 baharu-baharu ini.

Kali terakhir negeri Johor menganjurkan program seumpama ini ialah pada tahun 2003 iaitu 16 tahun yang lalu.

Dr Sahruddin Jamal berharap rakyat Johor akan menunjukkan kemesraan terhadap pelancong yang datang ke negeri ini dan sentiasa menjaga kebersihan walau dimana sekalipun.

Dr Sahruddin Jamal berharap rakyat Johor akan menunjukkan kemesraan terhadap pelancong yang datang ke negeri ini dan sentiasa menjaga kebersihan walau dimana sekalipun.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata pra pelancaran Tahun Melawat Johor 2020 pada hari ini adalah bertepatan dengan sasaran kerajaan negeri untuk menambah bilangan pelancong berkunjung ke negeri ini.

“Sasaran kita pada tahun hadapan adalah kemasukan pelancong sebanyak 17.4 juta orang ke dua puluh buah destinasi menarik di seluruh negeri Johor yang melibatkan dua puluh acara utama pelancongan dengan 8.4 juta daripadanya adalah pelancongan bermalam,” ujar beliau selepas merasmikan Majlis Pra Pelancaran Tahun Melawat Johor 2020, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Zulkifli Mohd Said.

Beliau berharap agar semua rakyat Johor dapat berganding bahu menjayakan program Tahun Melawat Johor 2020 dan Sukan Malaysia 2020 dimana negeri Johor akan menjadi tuan rumah temasya sukan berprestij itu.

Lima ribu biji belon yang dilepaskan pada majlis pelancaran hari ini diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Pelepasan Terbanyak Dalam Satu Acara.

Lima ribu biji belon yang dilepaskan pada majlis pelancaran hari ini diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Pelepasan Terbanyak Dalam Satu Acara.

“Saya juga berharap rakyat Johor akan menunjukkan kemesraan terhadap pelancong yang datang ke tempat kita dan jangan lupa untuk menjaga kebersihan walau di mana kita berada,” katanya lagi.

Sahruddin turut berpesan agar orang ramai tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong yang datang ke negeri ini kerana tindakan tersebut boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap imej negeri Johor.

Majlis pelancaran pada hari ini turut mencatat sejarah apabila acara pelepasan lima ribu biji belon pada majlis tersebut diiktiraf sebagai Pelepasan Belon Terbanyak Dalam Satu Acara oleh Malaysia Book Of Records (MBOR).
-NI-

Tinggalkan komen anda