Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Komuniti Harapan Malaysia Perantara Utama Dalam Menyampaikan Maklumat Dasar Kerajaan

By 24 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto  : Mohd Yusof Abd Samad (Tangkak)

TANGKAK, 24 ogos (Malaysiaaktif) – Komuniti Harapan Malaysia (KHM) adalah pertubuhan sukarela yang menjadi penghubung dalam memasarkan maklumat dan  dasar-dasar kerajaan baharu agar lebih difahami masyarakat  majmuk di negara ini.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Penerangan Daerah Tangkak telah mengadakan Taklimat Komuniti Harapan Malaysia di bilik Persidangan Pejabat Parlimen Ledang melibatkan Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Parlimen Ledang, di sini, hari ini.

Pegawai Penerangan Daerah Tangkak Kartina Saruni menyampaikan taklimat kepada ahli KHM Parlimen Ledang dan memberi penekanan terhadap hala tuju Komuniti Harapan Malaysia dalam menyampaikan dasar kerajaan agar menepati kehendak rakyat serta negara.

Beliau juga turut berharap ahli-ahli jawatankuasa yang telah dipilih untuk menerajui KHM dapat melaksanakan aktiviti selaras dengan objektif penubuhannya terutama dalam menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan.

Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh menyampaikan ucapan kepada ahli Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Parlimen Ledang.

Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh menyampaikan ucapan kepada ahli Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Parlimen Ledang.

Firdaus Abd Jalil, 42, ahli Komuniti Harapan Malaysia yang sempat ditemubual menyatakan bahawa ini adalah platform terbaik untuk masyarakat menyalurkan idea atau pandangan kepada kerajaan demi kebaikan bersama.

Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh dalam ucapannya berkata, “Komuniti Harapan Malaysia akan menjadi perantara utama dalam menyampaikan maklumat kerajaan terus kepada masyarakat.”

“Ini merupakan pendekatan terbaik bagi mengukuhkan lagi ikatan perpaduan kaum kerana keahliannya merangkumi kaum Melayu, India dan Cina serta menggambarkan jalinan kerjasama dan keharmonian antara kaum yang terus utuh sehingga ke hari ini,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyatakan bersempena sambutan kemerdekaan pada kali ini, Parlimen Ledang dengan kerjasama Petronas akan mengadakan program semarak kemerdekaan dengan melibatkan para belia di daerah ini bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan.

Beliau turut berharap Komuniti Harapan Malaysia (KHM) akan mampu menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat tempatan.

-NI-

Tinggalkan komen anda