Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPutrajaya

KMJG19: Q’Fish Untuk Rakyat

By 23 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Nurul Azreen/ Khairun Nadiah  (Putrajaya)

TELUK INTAN, 23 Ogos (Malaysiaaktif)- Konvoi KMJG19 telah memilih mercu tanda Teluk Intan iaitu Menara Condong  untuk hentian yang pertama hari ini.

Konvoi telah disambut dengan cukup meriah, selain dari persembahan dan ucapan, turut disediakan booth dari pelbagai kementerian dan agensi untuk tetamu yang hadir.

Konvoi KMJG19 tiba di Menara Condong Teluk Intan

Konvoi KMJG19 tiba di Menara Condong Teluk Intan

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menjadi tumpuan ramai pengunjung di sana, dalam memperkenal dan mempromosikan program atau jenama Q’Fish yang mana ia merupakan penjenamaan semula bagi program ikan rakyat yang telah diperkenalkan pada tahun 2013.

Menurut wakil LKIM Perak, Tuan Nur Fatanah Tuan Mohd Ariffin,  objektif utama program tersebut adalah untuk menawarkan ikan segar beku berkualiti sebagai pilihan dengan harga yang berpatutan kepada pengguna.

Ikan sejuk beku yang sedia untuk dijual

Ikan sejuk beku yang sedia untuk dijual

“Matlamat Q’fish adalah untuk membekalakan ikan sejuk beku yang segar kepada pengguna, selain harga yang murah yang tidak melebihi RM10 ringgit sejajar dengan matlamat LKIM untuk memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi dan mewujudkan stok simpanan ikan segar beku,” ujarnya.

Q’ Fish boleh didapati di Persatuan Nelayan Kebangsaan(NEKMAT) ataupun di Pejabat LKIM seluruh negeri.

Antara kementerian/ agensi lain yang turut serta seperti Pejabat Kesihatan Daerah, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Tinggalkan komen anda