Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomePutrajaya

KMJG’19: Sampai, Sampai Cari Tandas

By 5 Ogos 2019Ogos 13th, 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah/Nizam Zanil (Putrajaya)

PONTIAN, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Sampai-sampai terus cari tandas. Itu antara gelagat peserta konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2019 yang memasuki hari ketiga pengembaraan hari ini.

Hari ketiga juga menyaksikan peserta menempuh perjalanan yang agak panjang iaitu sejauh 335 kilometer menempuhi tiga daerah di Negeri Johor iaitu Muar, Pontian dan Johor Bahru.

Persinggahan pertama konvoi hari ini berkunjung ke Pantai Leka Parit Jawa, Muar dan disambut wakil Pegawai Daerah Muar Fairuzahri Jalaludin.

Fairuzahri menurunkan tandatangan pada buku log konvoi KMJG'19.

Fairuzahri menurunkan tandatangan pada buku log konvoi KMJG’19.

Menurut Fairuzahri, konvoi KMJG’19 ini membawa mesej mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan ini.

“Mereka yang positif memahami pengertian sebenar di sebalik bendera ini, walaupun pada zahirnya bendera hanyalah selembar kain yang dicorakkan.

“Bagi rakyat yang cintakan tanah air, Jalur Gemilang mempunyai nilai yang cukup istimewa,” katanya ketika berucap mewakili Pegawai Daerah Muar, di sini.

Seterusnya, kembara diteruskan ke Daerah Pontian sebelum ke Johor Bahru, destinasi terakhir konvoi pada hari ini.

Peserta konvoi dilepaskan menuju ke destinasi seterusnya.

Peserta konvoi dilepaskan menuju ke destinasi seterusnya.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Johor Bahru Datuk Mohamed Ridha Datuk Abd. Kadir turut mengajak seluruh rakyat untuk mengibarkan Jalur Gemilang menerusi Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan bermula awal bulan ini sehingga 16 September nanti.

“Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan antaranya kategori bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung, taman perumahan dan universiti awam.

“Kategori lain yang dipertandingkan adalah sekolah menengah dan rendah, individu dan pintu gerbang, ambillah peluang ini untuk menzahirkan rasa sayang kepada negara,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Konvoi KMJG’19, di sebuah pusat membeli-belah di Johor Bahru.

-SH

Tinggalkan komen anda