Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Kad KIDA Dapat Pujian Sultan

By 5 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Kota Setar)

ALOR SETAR, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Sultan Kedah Sultan Salehuddin Sultan Badlishah, memuji inisiatif kerajaan negeri melaksanakan Program Kad Kasih Ibu Darul Aman atau dikenali sebagai KIDA.

“Tindakan pro-aktif yang diambil pihak kerajaan dalam melaksanakan pelbagai program atau projek yang mampu meningkatkan pendapatan rakyat khususnya golongan B40 wajar dipuji.

Baginda bertitah demikian dalam Majlis Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Darulaman ke-14 di Dewan Undangan Negeri Kedah, di sini hari ini.

Acara bergambar sebelum Persidangan bermula.

Acara bergambar sebelum Persidangan bermula.

Istiadat bermula dengan pemeriksaan kawalan kehormatan yang disertai oleh tiga pegawai dan 102 anggota lain-lain pangkat dari Pasukan Simpanan Persekutuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kawalan kehormatan ini diketuai oleh DSP Mohd Zulfadly Zulkifli, Penolong Pegawai Baris ASP Mohd Shafiq Ghazali, dan Pegawai Panji Inspektor Khairul Azwan Abdul Kadir.

Baginda turut berdukacita dengan penyatuan umat yang sekian lama mewujudkan suasana harmoni, kini berada dalam keadaan yang membimbangkan, akibat daripada pelbagai faktor yang muncul, seiring dengan kehadiran globalisasi dan kemodenan.

“Penggunaan media sosial secara tidak berhemah, juga mula meretakkan silaturahim, dan menimbulkan prasangka, yang sering kali berakhir dengan pertelingkahan.

“Para pemimpin harus bijak dalam membimbing rakyat bagi mengelak sikap sangsi, bersangka buruk, yang mengakibatkan pergeseran dan perpecahan.

“Kerukunan hidup, aman damai yang sekian lama disemai, dan subur dalam masyarakat mestilah dipertahankan,” titah baginda lagi.

Turut berangkat sama Sultanah Negeri Kedah Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff, Raja Muda Kedah dan Raja Puan Muda Kedah, Tunku Bendahara dan Toh Puan Bendahara, Tunku Temenggong Kedah serta Tunku Laksamana Kedah.

-SH

Tinggalkan komen anda