Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Penyatuan Ummah Tunjang Kekuatan Negara

By 5 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Unit Korporat SUK Perak (Ipoh)

IPOH, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri dan Jabatan Penerangan Perak terus berganding bahu menyemarakkan bulan kebangsaan apabila melancarkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2019 di Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, berkata penyatuan ummah adalah tunjang kepada kekuatan, kemajuan dan pembangunan negara pada hari ini.

“Ketika membuat satu-satu dasar, kita tidak memikirkan mengenai keselesaan atau faedah yang diperolehi oleh sesuatu kaum sebaliknya kita turut mempertimbangkan kesan pembangunan yang akan dirasai oleh semua pihak.

Hasnul Zulkarnain menurunkan tanda tangan pada grafiti yang dihasilkan.

Hasnul Zulkarnain menurunkan tanda tangan pada grafiti yang dihasilkan.

“Oleh itu, kita harus bersatu di bawah satu bendera yang sama untuk terus maju ke depan demi memperbaiki taraf hidup dan menjamin kemakmuran bagi diwarisi anak cucu pada masa akan datang,” ucapnya ketika merasmikan program bagi mewakili menteri besar.

Tambah Hasnul, rakyat juga harus sama-sama menghayati tema Hari Kebangsaan 2019 iaitu Sayangi Malaysiaku: Malaysiaku Bersih.

“Kita mesti terapkan rasa kasih dan sayang terhadap negara dan jangan sesekali menjadi petualang dengan merosakkan segala-galanya.

“Ayuh kita sama-sama kibarkan jalur gemilang yang menjadi kebanggaan kita dan semoga usaha ini dapat menambah semangat dan rasa cinta kepada negara sekali gus menyemarakkan lagi bulan kebangsaan tahun ini,” serunya.

-SH

Tinggalkan komen anda