Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

KSN Ketuai Kontinjen Berkuda Perkhidmatan Awam Pada Hari Kebangsaan 2019

By 28 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Ihsan Bernama

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Orang nombor satu dalam perkhidmatan awam iaitu Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar akan mengetuai sendiri perarakan Kontinjen Berkuda Perkhidmatan Awam pada sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Perarakan kontinjen itu akan melibatkan 44 ekor kuda dari unit berkuda Perbadanan Putrajaya (PPj), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“KSN mengetuai pasukan ini sebagai tonggak (perkhidmatan awam) dan akan dibantu oleh saya,” kata Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Ismail dan Aminuddin turut dilihat menjalani latihan bersepadu sempena Hari Kebangsaan di sini, hari ini.

Putrajaya adalah tuan rumah bagi acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2019. Tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.

Aminuddin berkata pasukan itu telah berlatih kira-kira dua minggu bagi membiasakan kuda-kuda yang terlibat dengan pelbagai bunyi pada sambutan itu termasuk bunyi letupan, muzik, drum serta pergerakan supaya kuda terbabit tidak panik.

Kuda-kuda itu dihimpunkan di Kompleks Unit Berkuda Putrajaya, Presint 15, iaitu lokasi latihan pusat pasukan yang menyertai perarakan.

PPj dan DBKL masing-masing menghantar 14 ekor kuda, PDRM 11 ekor dan ATM lima ekor bagi perarakan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda