Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Meraikan Sambutan Bulan Kemerdekaan Bersama Masyarakat

By 28 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Nurazreen Abd Rahman (Seberang Prai Utara )

BUTTERWORTH,  28 Ogos (Malaysiaaktif) – Dalam memastikan sambutan bulan kebangsaan di sambut dengan meriah di seluruh negara, program Merdeka@Komuniti merupakan salah satu platform anjuran Jabatan Penerangan melalui Komuniti Harapan Malaysia(KHM) yang berjaya melaksanakan kesedaran awal (Early Awareness) dalam kalangan masyarakat untuk memastikan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam komuniti dapat dieratkan dikalangan pelbagai kaum.

Karnival Merdeka@Komuniti Bagan yang  dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Puyu telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan Malaysia merangkap ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng. Turut hadir bersama dalam program ini adalah Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, ADUN Sungai Puyu, Soon Lip Chee serta Sabri Said ,Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang.

Lawatan ke Kampung Benggali, Sungai Puyu untuk mengedarkan Jalur Gemilang kepada penduduk setempat

Lawatan ke Kampung Benggali, Sungai Puyu untuk mengedarkan Jalur Gemilang kepada penduduk setempat

Dalam ucapan perasmian Lim Guan Eng,  beliau memberitahu pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia Baharu dalam membantu meningkatkan taraf hidup rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat perubatan penyakit-penyakit yang kritikal. Antaranya adalah melalui  Skim Perlindungan Kesihatan Nasional (MySalam) yang dikhususkan untuk 3.8juta individu yang  tergolong kategori B40. Sebanyak 36 jenis penyakit yang telah dikenal pasti layak menerima bantuan takaful kesihatan ini.

Di antara tetamu jemputan yang hadir

Di antara tetamu jemputan yang hadir

Menurut ucapan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia  Negeri Pulau Pinang, Sabri Said  berkata,”Sebanyak 1,428 Komuniti Harapan Malaysia(KHM) dijangka akan ditubuhkan di seluruh negara dengan fasa pertama kini telah mencecah sebanyak 658 Komuniti Harapan Malaysia di mana bagi negeri Pulau Pinang sahaja, sebanyak 93 KHM telah pun berjaya ditubuhkan dengan mempunyai 4,700 keahlian.” Menurutnya lagi, dengan keahlian KHM yang semakin bertambah akan dapat membantu menyampaikan maklumat kepada masyarakat setempat dalam memastikan tiada golongan susah yang terpinggir dalam mendapatkan bantuan daripada kerajaan.

Karnival Merdeka yang berlangsung mulai pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 petang dipenuhi dengan pelbagai acara menarik. Di antara pengisian sepanjang program adalah pertandingan mewarna, pertandingan fesyen merdeka ,pertandingan hiasan basikal Merdeka dan pertandingan pakaian patriotik bagi dewasa.

Turut bersama dalam karnival ini adalah pameran dari Kementerian Kewangan Malaysia yang membuka  kaunter untuk penerangan kepada orang ramai mengenai skim ‘MySalam’.

-II-

Tinggalkan komen anda