Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Malaysia Jamin Mudahkan Urusan Bawa Pulang Jenazah

By 16 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fauziah Abdullah (Seremban)/Mohd Khairulnizam (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Seluruh negara masih bersedih dengan kematian seorang warga Ireland Nora Anne Quoirin, yang dijumpai mati 10 hari selepas dilaporkan hilang daripada penginapannya di sebuah pusat peranginan di sini pada 4 Ogos lalu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan menzahirkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada keluarga mangsa bermula saat laporan kehilangan dibuat sehinggalah kepada penemuan mayat mangsa.

“Kerajaan juga berjanji akan mempermudahkan segala urusan membawa pulang mayat Nora Anne Quorin ke negara asalnya, dan pihak kedutaan Ireland akan membantu menguruskan segala dokumentasi dalam usaha membawa pulang mayat remaja berusia 15 tahun itu ke Ireland.

Wan Azizah ketika menjawab soalan wartawan ketika sesi sidang media, hari ini.

Wan Azizah ketika menjawab soalan wartawan ketika sesi sidang media, hari ini.

“Kedutaan Ireland telah memaklumkan bahawa apa-apa dokumentasi akan dipermudahkan untuk membawa balik mayat ke luar negara,” katanya ketika sidang media selepas sesi taklimat berkaitan kes tersebut di Balai Polis Pantai, di sini siang tadi.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyifatkan kematian Nora Anne Quorin adalah satu tragedi yang amat menyedihkan.

Namun, beliau turut menzahirkan rasa puas hati terhadap kerjasama dan usaha pasukan penyelamat yang bertungkus lumus dalam usaha menjejaki kehilangan mangsa sejak ia dilaporkan hilang.

“Saya berpuas hati dengan segala agensi yang terlibat dalam mengesan kedudukan mangsa, namun sangat malang dan menyedihkan kerana apabila ditemui, mangsa sudah tidak bernyawa.

“Saya menyerahkan siasatan lanjut kepada pihak polis jika ada faktor lain dan ini merupakan satu pengajaran kepada kita semua berkaitan kes kehilangan yang lain,” katanya yang turut membuat lawatan tertutup kepada keluarga mangsa hari ini.

-SH

Tinggalkan komen anda