Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Martabatkan Adat dan Budaya Melalui Seni Visual

By 16 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto : Fauziah Abdullah (Seremban)

SEREMBAN, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – “Rumah Usang, Tanah Gersang, Budaya Hilang” merupakan antara karya lukisan yang dipamerkan pada Majlis Pelancaran Pameran Seni Visual Wajah-Wajah Negeri Sembilan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019.

Menurut pelukis karya tersebut, Dr. Ahmadrashidi Hasan, karyanya memberi gambaran rumah yang dibina di Tanah Adat Negeri Sembilan yang cantik dan indah namun akhirnya dibiarkan tidak berpenghuni.

“Karya rumah usang ini adalah lambang kehidupan, adat dan budaya orang melayu Negeri Sembilan, lukisan-lukisan lain yang dipamerkan juga selari dengan objektif pameran untuk menghayati khazanah negeri melalui hasil seni dan visual.

WhatsApp Image 2019-08-15 at 16.51.03

Ahmadrashidi ketika sesi Bicara seni.

“Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat kecintaan terhadap negara di dalam diri masyarakat khususnya di kalangan generasi muda melalui lukisan Wajah-Wajah Negeri Sembilan,” katanya yang ditemui, di sini hari ini.

Ahmadrashidi juga berharap agar adat dan budaya di Negeri Sembilan dapat dipelihara melalui seni dan ianya dapat disampaikan melalui karya pelukis.

“Warisan bangsa hendaklah dikekalkan kerana ia melambangkan identiti kita terutamanya di Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat dan budayanya”, ujarnya lagi.

WhatsApp Image 2019-08-15 at 16.51.04 (1)

Gimik Pelancaran Pameran Seni Visual Wajah-Wajah Negeri Sembilan.

Sebanyak 50 buah lukisan mengenai Wajah-Wajah Negeri Sembilan pelbagai tema dipamerkan pada pameran ini yang dianjurkan buat kali pertama.

Pameran anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan bersama-sama Persatuan Pelukis Negeri Sembilan, Persatuan Seni Negeri Sembilan serta Persatuan Lukisan dan Kaligrafi Cina Kontemporari Malaysia Negeri Sembilan.

Majlis Pelancarannya turut dihadiri oleh Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nichole Tan Lee Koon dan Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Mohamad Nazaruddin Sabtu.

-AK

Tinggalkan komen anda