Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Melentur Buluh Biarlah daripada Rebungnya

By 18 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Kota Setar)

ALOR SETAR, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Datuk Dr Ismail Salleh, menyeru kepada semua penduduk dan orang ramai agar menyemarakkan semangat cintakan negara dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang di rumah masing-masing, kenderaan dan premis perniagaan.

“Tema “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih” haruslah dihayati oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama, kerana perpaduan yang dikecapi pada hari ini tidak ternilai harganya,” katanya ketika merasmikan Program Konvoi Kembara Merdeka sempena Program Merdeka @Komuniti Harapan Malaysia Pengkalan Kundur, di sini hari ini.

Menurut Ismail yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundur,
semangat cintakan negara perlu diserapkan sejak daripada kecil, bak pepatah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’.

Acara konvoi kenderaan motosikal ini turut diiringi oleh kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Kota Setar menyusuri beberapa buah kampung sekitar Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundur antaranya Kampung Telok Bagan, Hujung Teluk Bagan, Kampung Darat serta Tandop.

-SH

Tinggalkan komen anda