Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Semangat Kejiranan Kukuhkan Perpaduan

By 18 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution (Seremban)

SEREMBAN, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Rakyat Malaysia perlu menanam sifat bersatu-padu dalam diri melalui semangat kejiranan yang tinggi dalam kalangan komuniti.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Foke, berkata semangat kejiranan dapat membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Hakikatnya kini Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa, keturunan, agama, budaya dan adat resam perlu menjadikan amalan hidup berbaik-baik antara satu dengan yang lain dalam usaha mewujudkan suasana harmoni dan aman.

Penduduk menerima edaran bahan terbitan Jabatan Penerangan.

Penduduk menerima edaran bahan terbitan Jabatan Penerangan.

“Dalam menjalani kehidupan seharian kadangkala kita memerlukan bantuan daripada orang lain, maka kerjasama melalui semangat kejiranan dan perpaduan seumpama ini dapat membantu kita,” katanya ketika merasmikan Program Sayangi Malaysiaku di sini semalam.

Dalam pada itu, seorang penduduk Hafsah, 45, berkata hidup berjiran ini umpama pepatah Melayu ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

Penduduk bergotong royong membersihkan kawasan kejiranan.

Penduduk bergotong royong membersihkan kawasan kejiranan.

“Satu ketika dahulu di kawasan luar bandar semangat kejiranan sangat tinggi, namun hari ini tidak dapat dinafikan semangat kejiranan kian luntur, lebih-lebih lagi di kawasan bandar,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Nilai J. Arul Kumar.

-AK

Tinggalkan komen anda