Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sri Aman Meriah

By 16 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Robin Junang / Roszilawati Nor Aziz (Sarawak)

SRI AMAN, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Rh. Joel ak Kion, Bijat Ai, Tanjung Bijat.  bertuah kerana telah dipilih sebagai lokasi  pelancaran Program Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Merdeka@Komuniti Peringkat Daerah Sri Aman 2019. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Saratok, Yang Berhormat Tuan Ali Biju.

Beliau juga menyertai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) bergerak dari Sekolah Kebangsaan Tanjung Bijat ke Rh. Joel ak Kion. Kehadiran wakil rakyat tersebut telah menyemarakkan lagi sambutan kerana julungkalinya rumah panjang di daerah Sri Aman dipilih sebagai lokasi sambutan program ini.

Antara kenderaan yang terlibat dalam konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang

Antara kenderaan yang terlibat dalam konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang

Lebih kurang 400 orang hadir di program tersebut. Majlis turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Ketua Masyarakat dan Tuai-Tuai Rumah sekitar Tanjung Bijat.

Rombongan Konvoi disambut oleh Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman dengan penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada Tuan Ali Biju sambil  disaksikan oleh Tuai Rumah, pelajar SK Tg. Bijat dan penduduk sekitar.

Sebelum majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang diadakan beberapa pengisian program diadakan selama dua hari. Antara aktiviti yang diadakan pada hari pertama sebelum majlis pelancaran seperti  gotong royong dan tayangan wayang pacak.

Manakala pada hari kedua pula diadakan aktiviti seperti  kuiz kenegaraan serta ceramah berkaitan mySalam, PeKaB40 serta kenegaraan dan Pelancaran Program Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Roszilawati Nor Aziz, Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman menyerahkan Jalur Gemilang kepada YB Tuan Ali Biju

Roszilawati menyerahkan Jalur Gemilang kepada YB Tuan Ali Biju

Menurut Rozilawati, penglibatan warga sekolah dan penduduk sekitar Tanjung Bijat amat memberangsangkan. Semangat kenegaraan yang ditunjukkan amat tinggi. Begitu terharu dengan penglibatan dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh rumah panjang serta sekolah di kawasan  tersebut.

“Saya bangga dan bersyukur kerana mendapat kerjasama yang amat baik dari penduduk rumah panjang dan warga sekolah. Penglibatan dan sokongan seperti ini membolehkan program yang dijalan selama dua hari berjalan lancar,” ujar Rozilawati.

Melalui aktiviti ceramah telah memberi pencerahan kepada penduduk rumah panjang tentang skim mySalam dan PekaB40. Penjelasan yang cukup jelas itu membolehkan mereka mengetahui dan memahami perkara-perkara di dalam dua subjek utama dalam ceramah berkenaan.

Penduduk rumah panjang juga merasa gembira kerana terlibat dalam menyemarakkan Bulan Kebangsaan. Mereka merasa bertuah kerana rumah panjang yang jauh dari Bandar Sri Aman dipilih sebagai tempat pelancaran program.

Mereka juga berharap kerjasama serta beberapa lagi program boleh diadakan di kawasan ini pada masa-masa akan datang

Tinggalkan komen anda