Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Penubuhan Galeri Bantu Perkembangan Industri Kraf Tangan- Shafie

By 31 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/ Mohd Nasrie Tapisil (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU,30 Ogos (Malaysiaaktif) – Penubuhan galeri membolehkan hasil kraf tangan mendapat perhatian dan membantu perkembangan industrinya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia turut menggalakkan penglibatan golongan anak muda berkecimpung dalam industri kraf tangan.

Shuryani (dua dari kanan) menerima cenderahati dari salah seorang pembuat kraf tangan yang mengadakan pameran di Galleria Artisan.

Shafie (dua dari kanan) menerima cenderahati dari salah seorang pembuat kraf tangan yang mengadakan pameran di Galleria Artisan.

“Golongan anak muda bukan hanya perlu dibimbing dalam proses penghasilan, tetapi perlu diberi ilmu pengetahuan agar produk yang mereka hasilkan dapat masuk ke pasaran.

“Kita perlu melatih mereka kemahiran untuk menerangkan produk dari segi bahan, cara pembuatan dan mungkin sejarah di sebalik hasil kraf tangan yang dipamerkan bagi menarik minat pengunjung yang datang.

“Ini merupakan salah satu cara kita membantu mereka mendapatkan mata pencarian,” katanya dalam Majlis Perasmian Galleria Artisan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), pada Jumaat.

Shafie (kiri) bertanya sesuatu mengenai salah satu gambar yang dipamerkan.

Shafie (kiri) bertanya sesuatu mengenai salah satu gambar yang dipamerkan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Megat Mohd Yatim Megat Hamid berkata, projek menaiktaraf galeri tersebut melibatkan kos RM2 juta bertujuan untuk mengetengahkan karya dan produk seni kraf tempatan.

 

“Ia juga mampu memberi rantaian yang positif terhadap pembangunan usahawan Bumiputera di Sabah selain mencipta peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.

“Nilai tambah seumpama ini merupakan antara elemen penting yang menyumbang ke arah usaha transformasi ekonomi dan sosial masyarakat secara amnya,” katanya.

Sejak penubuhan Pusat Kraftangan Sabah (PKS) pada tahun 2012, tiga buah pusat pemasaran diwujudkan iaitu Gambus Retail Shop PKS, Galleria Artisan di Menara Tun Mustapha dan di PPNS sebagai pusat sehenti bagi pengumpulan, jualan serta mempamerkan produk kraf tangan, batik dan lukisan berkualiti hasil daripada usahawan tempatan seluruh Sabah

Turut hadir, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Shuryani Shuaib, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Yusof Yaacob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hashim Paijan dan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria.

ER

Tinggalkan komen anda