Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Si Tenggang’ Johan Pertandingan Sketsa Tunas Muda DBP

By 31 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Warman Wagiman/ DBP Sabah (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU,30 Ogos (Malaysiaaktif) – Kisah anak derhaka, ‘Si Tenggang’ dinobat sebagai johan Pertandingan Sketsa Tunas Muda anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah.

‘Si Tenggang’ dipersembahkan oleh pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kolombong mengenepikan sketsa ‘Nasi Dah Menjadi Bubur’ dari SK Mutiara di tempat kedua dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St Agnes dengan sketsa ‘Sang Gedambai’ di tempat ketiga.

Pada pertandingan tersebut, kemampuan pelajar SK Kolombong, Nur Aliah Natasya Raffae yang membawa watak Deruma iaitu ibu ‘Si Tenggang’ denga diumumkan sebagai penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

MEMBACA JAMBATAN ILMUā€¦ antara guru dan pelajar yang berkunjung ke Pesta buku DBP Sabah.

MEMBACA JAMBATAN ILMUā€¦ antara guru dan pelajar yang berkunjung ke Pesta buku DBP Sabah.

Sementara itu, Muhammad Yusof Syafi Yusrizan yang memegang watak sebagai Cikgu Yusof dengan bersahaja, berjaya menghidupkan sketsa ‘Nasi Dah Menjadi Bubur’ yang dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pertandingan berkenaan.

Menurut Pengarah DBP Cawangan Sabah. Aminah Awang Besar, objektif penganjuran pertandingan berkenaan adalah bagi menanam rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan melalui sketsa yang melibatkan murid tahap satu iaitu yang berumur tujuh hingga sembilan tahun.

ā€œIbarat melentur buluh biarlah dari rebungnya, demikian hasrat DBP untuk mencungkil bakat pelajar seawal usia agar lebih kreatif dan berani.

KENANGANā€¦..Aminah merakamkan gambar kenangan bersama semua peserta dan hakim pertandingan.

KENANGANā€¦..Aminah merakamkan gambar kenangan bersama semua peserta dan hakim pertandingan.

“DBP akan meneruskan usaha ini secara berterusan dan akan mengadakan pertandingan seumpamanya dilokasi atau daerah berbeza pada masa akan datang.

“Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua sekolah terutama kepada peserta dan guru pembimbing yang menyertai pertandingan ini,”katanya selepas pertandingan berkenaan di Dewan Amil, di sini baru-baru ini.

Pertadingan Sketsa Tunas Muda dianjurkan bersempena Pesta Buku DBP Cawangan Sabah yang berlangsung 26 hingga 30 Ogos dan meraikan ulang tahun DBP yang ke-63.

ER

Tinggalkan komen anda