Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Penyampaian Cek Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA)

By 25 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: S.Shalene/ Azimee (Barat Daya)

BALIK PULAU, 25 Ogos 2019 (Malaysiaaktif) – Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA) Sesi Jun Tahun 2019 Peringkat Daerah Barat Daya telah diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina) Chong Teik Balik Pulau baru-baru ini.

Seramai 168 orang penerima iBITA serta 200 orang wakil dan ibu bapa telah hadir ke majlis ini.Selain itu turut hadir bersama adalah Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Soon Lip Chee, ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Bin Md Lazim dan Mohd Hafiz Aswad Bin Nadzri.

Pelajar bersama ibu bapa yang hadir

Penerima bantuan bersama ibu bapa dan waris

Majlis ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada rakyat Pulau Pinang yang menerima tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan sarjana muda ke IPTA dan IPTS. Bantuan ini juga dapat meringankan beban ibu bapa dan pelajar untuk menampung kos pendaftaran masuk ke universiti. Pemberian bantuan hanyalah untuk pelajar tahun pertama sahaja.

Antara tetamu jemputan yang hadir

Antara tetamu jemputan yang hadir

Daripada ucapan Soon Lip Chee, beliau menyatakan bahawa bantuan ini adalah pemberian bagi meringankan bebanan pelajar bagi menampung perbelanjaan awal kemasukan ke IPTA dan IPTS.

Menurut seorang pelajar Farisha yang berumur 22 tahun yang memasukki UITM (Ijazah Penulisan Kreatif), beliau menyatakan bahawa dia dan keluarganya amat menghargai dengan pemberian bantuan ini dan mereka berharap pemberian ini  akan diteruskan bagi membuka peluang pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti.

-II-

Tinggalkan komen anda