Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Rakyat Perlu Terus Sokong Kepimpinan Kerajaan – TPM

By 25 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fauziah Wahab/Norhayani Hashim (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Hampir 2000 penduduk sekitar parlimen Merbok membanjiri kompleks Jeti Semeling bagi menyambut kehadiran Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang turun padang sempena program sepetang bersama TPM, di sini semalam.

Wan Azizah mengharapkan pertemuan seumpama ini akan menjadi platform bagi membentuk perpaduan yang lebih utuh.

“Saya amat mengharapkan agar rakyat terus menyokong kepimpinan kerajaan sekarang dalam membangunkan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Orang ramai yang hadir ke Program Sepetang Bersama TPM, di sini semalam.

Orang ramai yang hadir ke Program Sepetang Bersama TPM, di sini semalam.

“Saya juga menggesa agar rakyat dapat memberi maklum balas mengikut saluran yang betul dan lebih bertanggungjawab dalam penyebaran sesuatu berita agar keamanan dan keharmonian negara terus terpelihara,” katanya yang ditemui sempena lawatan kerjanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Merbok Nurin Aina, berterima kasih kepada Wan Azizah kerana sudi beramah mesra dengan penduduk di parlimen ini dan turut memperkenalkan Merbok sebagai salah satu tempat yg berpontensi untuk dibangunkan sebagai pusat perlancongan menarik.

“Pengunjung boleh menaiki bot untuk menyusuri keindahan Sungai Merbok dan singgah ke Tanjung Dawai sebelum pulang semula ke Jeti Semeling dengan kadar yang berpatutan,” katanya.

Ujarnya lagi Kompleks Arkeologi Sungai Batu merupakan salah satu daripada sejarah tamadun tertua dan telah diisytiharkan secara rasmi sebagai tamadun terawal oleh pakar arkeologi, Profesor Dr. Stephen Opperheimer.

“Dengan pengikhtirafan tersebut, tapak arkeologi Sungai Batu telah mendahului Kuil Borobudur di Indonesia abad ke-9 dan Angkor Wat di kemboja pada abad ke 12. Keadaan ini membuktikan Merbok mampu menjadi aset pelancongan yang tersohor,” katanya lagi.

Turut hadir Exco Perpaduan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna Sunmmugam Rengasamy, Exco Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Simon Ooi Tze Min, Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul, dan Pegawai Daerah Kuala Muda Nordin Yahaya.

-SH

Tinggalkan komen anda