Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad Tarikan Pelancong Ke Kedah

By 25 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Kota Setar)

ALOR SETAR, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Sejak dibuka pada tahun 1992, Kompleks Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, Alor Setar telah menjadi kunjungan kira-kira 100,000 pelancong terdiri daripada pelancong dalam dan luar negara antaranya dari Brunei, China, Eropah, Hong Kong, Thailand dan banyak lagi.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, menjelaskan rumah yang menjadi tempat lahir Mahathir Mohamad ini perlu dipelihara dan Jabatan Arkib Negara Malaysia sentiasa mengalu-alukan sumbangan orang ramai jika mempunyai sebarang koleksi dan bahan-bahan yang berkaitan dengan Tun Mahathir yang boleh dipamerkan di sini.

“Selain dikunjungi pelancong, rumah ini juga menjadi pusat penyelidikan berkaitan sejarah pemimpin besar negara dan latarbelakang Tun Mahathir, ujar Mohamaddin ketika merasmikan semula kompleks ini semalam.

Mohamaddin turut berharap kompleks yang penuh nostalgia dan nilai sejarah ini diberikan publisiti yang meluas dan dipromosikan sebagai tarikan pelancong sempena dengan Tahun Melawat Malaysia pada 2020 nanti.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Pelancongan (Kebudayaan) Saraya Arbi dan Ketua Pengarah Arkib Negara Datuk Azemi Abdul Aziz.

-SH

Tinggalkan komen anda