Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pelan Pembangunan Kedah 2035 Pacu Ekonomi Negeri – Mukhriz

By 25 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Alor Setar)

ALOR SETAR, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Bahagian Perancang Ekonomi Negeri sedang merangka Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang merangkumi tiga Rancangan Malaysia iaitu RMK-12, RMK-13 dan RMK-14.

Menurut Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, pelan ini menekankan pembangunan menyeluruh yang menyasarkan kepada Visi Kedah Makmur dan Berdaya Huni.

“Terdapat enam teras yang mendokong Visi Kedah 2035 iaitu Kemakmuran Ekonomi, Kecemerlangan Infra dan Utiliti, Keterangkuman Sosial dan Budaya, Kemampanan Alam Sekitar, Keseimbangan Modal Insan dan Bakat serta Kompentensi Tadbir Urus.

SULTAN Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bersama Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff bersemayam di Singgahsana pada Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah Serta Bintang-Bintang Kebesaran Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-77, di Istana Anak Bukit hari ini.

SULTAN Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bersama Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff bersemayam di Singgahsana pada Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah Serta Bintang-Bintang Kebesaran Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-77, di Istana Anak Bukit hari ini.

“Pelan ini dirangka berdasarkan kepada kekuatan dan potensi yang ada pada setiap daerah dan dapat menyeimbangkan pembangunan di setiap daerah seluruh negeri ini,” katanya dalam ucapan Sembah Tahniah dan Taat Setia Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah Serta Bintang-Bintang Kebesaran Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-77, di sini hari ini.

Menurut Mukhriz lagi, dengan adanya projek- projek berimpak tinggi seperti Kedah Rubber City di Padang Terap, Zon Ekonomi Sempadan Khas di Bukit Kayu Hitam, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dan Pembesaran Taman Industri Teknologi Tinggi Kulim Fasa 5 adalah pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri.

“Seluruh projek ini merupakan tindakan Kerajaan Negeri dan Persekutuan malah penglibatan dari pihak kerajaan dan pihak swasta, dan rakyat Kedah akan merasai impak positif ini dalam masa 2 tahun lagi.

“Patik bersama-sama jentera pentadbiran kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya untuk meringankan beban yang dipikul oleh rakyat, kerana kerajaan tidak akan membiarkan rakyat hidup dalam serba kekurangan dan pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi menyelesaikan permasalahan rakyat terutamanya bagi membantu golongan B40,” tambahnya

-SH

Tinggalkan komen anda