Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Hijaukan Kampung Menerusi Pemulihan Tanah Terbiar

By 18 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto:Noorshazana Shaadan (Port Dickson)

PORT DICKSON, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM1.7 juta diperuntukan oleh kerajaan negeri bagi membangunkan tanah seluas 176 hektar melalui Projek Pembangunan Tanah Terbiar di sini.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, kerajaan negeri telah menetapkan beberapa perancangan untuk meningkatkan ekonomi dan pembangunan pertanian sehingga tahun 2023.

“Sektor pertanian negeri ini akan dirancakkan sebagai pemangkin pembangunan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

“Sehingga kini sasaran agihan 100 peratus peruntukan telah dicapai dengan pengagihan kepada 90 usahawan bagi pembangunan tanah terbiar yang meliputi projek buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman industri dan padi,” ujarnya ketika merasmikan Hari Ladang Peringkat Daerah Port Dickson, di Dataran Kampung Pachitan, di sini hari ini.

Aminuddin melawat pameran agensi Jabatan Pertanian.

Lawatan ke tapak pameran agensi Jabatan Pertanian.

Aminuddin berkata tiba masanya tanaman kelapa dilihat sebagai satu potensi dan penggerak dalam memastikan program di bawah Jabatan Pertanian berjalan dengan baik seterusnya dapat menikmati hasil untuk tempoh empat ke lima tahun akan datang.

“Sebagai destinasi pelancongan mempunyai tanah yang sesuai untuk dijadikan kawasan penanaman kelapa, Port Dickson akan dijadikan sebagai daerah pengeluar kelapa terbesar di Negeri Sembilan,” katanya lagi.

Aminuddin mencuba sendiri mesin pengupas kelapa.

Aminuddin mencuba sendiri mesin pengupas kelapa.

Aminuddin turut menyeru supaya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) membantu menjadi pemudah cara kepada Jabatan Pertanian dalam mengenalpasti tanah terbiar yang boleh dibangunkan untuk membantu pengeluaran bahan makanan.

Sementara itu, sebanyak 2000 anak pokok kelapa pandan diedarkan kepada tiga buah MPKK iaitu Kampung Pachitan, Kampung Sawah dan Kampung Chuah untuk ditanam di sekeliling kawasan mereka terlebih dahulu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan Bakri Sawir dan Pengarah Pertanian Negeri Sembilan Hisham Yacob.

-AK

Tinggalkan komen anda