Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

‘War-Cry’ sambut KMJG2019 di negeri Tok Gajah

By 7 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Pai Syahira Yahya (Pahang)

ROMPIN,  7 Ogos (Malaysiaaktif) – Kembara edisi ke-17 tiba di perkarangan Politeknik Muadzam Shah seawal jam 9.30 pagi disambut dengan “Cywar” oleh 40 Askar  Wataniah sebagai simbolik semangat patriotisme sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) melintasi negeri Tok Gajah memasuki Daerah Rompin bersama 133 peserta konvoi selepas Melaka dan Johor.WhatsApp Image 2019-08-07 at 12.53.08

Sambutan peserta konvoi turut diraikan oleh lebih 200 pelajar daripada pelbagai fakulti turut menghangatkan semangat kemerdekaan dalam kalangan penuntut dengan nyanyian Malaysiaku Bersih dan Jalur Gemilang.

Turut memeriahkan suasana kehadiran selebriti pelawak tersohor, Lan Pet Pet berkongsi pengalaman pembabitan beliau dalam konvoi kemerdekaan kepada hadirin.

Laluan Konvoi di Pahang bakal merentasi perjalanan sejauh 634 kilometer diteruskan dengan menuju ke Pekan Bandar Diraja seterusnya ke UTC Pahang sebelum sambutan peringkat negeri di Perkarangan Daerah Bentong.WhatsApp Image 2019-08-07 at 12.53.09

Sebanyak 62 kenderaan terdiri daripada 17 kenderaan pelbagai agensi kerajaan termasuk 30 motosikal berkuasa tinggi dari Kelab Permotoran J 17 bersama 15 buah motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, deligasi konvoi akan menelusuri seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan melalui sejauh 6,200 km signifikan dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 tahun ini yang merangkumi 62 “pit stop” di peringkat negeri, daerah dan komuniti.

-KN

Tinggalkan komen anda