Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePutrajaya

KMJG19: ‘Warga Emas’ Jadi Usikan

By 7 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah/Nizam Zanil (Putrajaya)

PEKAN, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Naib Canselor Universiti DRB-HICOM Prof. Datuk Seri Dr. Omar Osman, menasihati pelajar-pelajarnya untuk mengambil semangat ahli kumpulan konvoi Permotoran J17 yang rata-ratanya berusia 50 tahun ke atas namun tetap komited menjalankan amanah yang diberikan di sebalik kepayahan yang terpaksa mereka hadapi.

“Ada dalam kalangan mereka ini telahpun mencapai status warga emas namun muda jiwanya dan masih mampu menjalankan aktiviti seperti kembara ini dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka.

Ketua konvoi KMJG19 Sharom Ravin Daram Abdullah dari Jabatan Penerangan mencuba mengecat kenderaan sebagai simbolik sambutan.

Ketua konvoi KMJG19 Sharom Abdullah dari Jabatan Penerangan mencuba mengecat kenderaan sebagai simbolik sambutan.

“Anak- anak muda di sini mesti mengambil iktibar kerana semangat mereka ini dalam memperjuangkan kemerdekaan dan meneruskan perjuangan tanpa mengira umur dan batas had sama ada yang telah pencen atau tidak tetap memberikan sumbangan kepada negara,” katanya ketika ditemui dalam majlis menyambut persinggahan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG19), di sini hari ini.

Menurut Omar, ini perlu menjadi satu tanda aras kepada mereka di universiti tersebut kerana institusi pendidikan ini merupakan universiti terulung dalam bidang automotif di Malaysia.

“Belum ada universiti lain di negara ini yang memberi tumpuan kepada automotif di sini dan tanggungjawab kita adalah untuk memastikan bahawa apa yang dihasratkan oleh kerajaan melalui DRB Group ini, kita boleh laksanakan sebaik mungkin.

Omar ketika berucap menyambut ketibaan peserta konvoi.

Omar ketika berucap menyambut ketibaan peserta konvoi.

“Sudah tentu kita menyahut cabaran untuk memastikan industri automotif ini akan berkembang maju bukan sahaja di Pekan malah di tempat- tempat lain juga,” tambahnya.

Selain Pekan, KMJG19 hari keenam ini turut singgah Politeknik Muadzam Shah Rompin sebelum ke Universiti DRB- HICOM Pekan dan mengakhiri kembara di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan.

Konvoi KMJG19 esok akan meneruskan perjalanan ke Wangsa Maju Kuala Lumpur merentasi Temerloh serta Bentong dan mengakhiri kembara sesi pertama bagi memberi laluan kepada Sambutan Hari Raya Aidiladha sebelum disambung semula pada 14 Ogos nanti.

-SH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda