Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Warga SMK Darul Ehsan Hasilkan Jalur Gemilang Ecobrick

By 27 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Kolaborasi antara pelajar dan guru Sekolah Menengah Darul Ehsan serta komuniti setempat berjaya menghasilkan 5,000 ecobrick, iaitu botol-botol plastik yang diisi padat dengan sisa buangan plastik.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,288 ecobrick kemudian disusun bersama tempurung dan batu kerikil membentuk Jalur Gemilang gergasi yang menjadi kebanggaan seluruh warga sekolah.

Pelajar Tingkatan Enam Atas, Sheum Pee Yun berkata, beliau rasa bangga menjadi salah seorang daripada warga SMK Darul Ehsan yang terlibat dalam proses menghasilkan Jalur Gemilang gergasi bagi menyambut Hari Kebangsaan ke-62 tahun ini.

“Ahli keluarga dan rakan-rakan saya membantu mengumpulkan sisa plastik sebelum ianya dimasukkan ke dalam botol 1.5 liter untuk dipadatkan.

“Selain dapat menghasilkan Jalur Gemilang gergasi, secara tidak langsung kita dapat menjaga alam sekitar dan menterjemahkan rasa kecintaan kita kepada negara,” katanya yang dapat mengumpul 73.4 kilogram plastik atau 64 ecobrick.

Sebanyak 1,288 ecobrick iaitu botol plastik yang dipadatkan plastik buangan dapat menghasilkan Jalur Gemilag gergasi.

Sebanyak 1,288 ecobrick iaitu botol plastik yang dipadatkan plastik buangan dapat menghasilkan Jalur Gemilag gergasi.

Pengetua SMK Darul Ehsan, Noraizan Brahim memaklumkan objektif program untuk menerapkan semangat patriotik kalangan warga sekolah termasuk pelajar, guru dan komuniti setempat.

“Kebitaraan sekolah ini adalah alam sekitar dan setiap tahun sejak 2014 pihak kami mencari idea daripada bahan-bahan kitar semula, tahun ini kami menggunakan ecobrick untuk menghasilkan Jalur Gemilang gergasi sepanjang 25 kaki.

“Ia dapat mendidik pelajar dan masyarakat agar membuang sampah dengan cara yang berkualiti di samping dapat menjaga alam sekitar.

“Saya sangat berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS), badan kebajikan, Pejabat Penerangan Daerah Gombak dan rakan-rakan sekolah yang membantu merealisasikan penghasilan Jalur Gemilang gergasi ini,” katanya.

Hartini (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pelajar yang terlibat menghasilkan Jalur Gemilang gergasi daripada ecobrick.

Hartini (dua dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pelajar yang terlibat menghasilkan Jalur Gemilang gergasi daripada ecobrick.

Mereka ditemui semasa Program Kibar Jalur Gemilang dan Pelancaran Jalur Gemilang Ecobricks 2019di Dataran Gemilang SMK Darul Ehsan, Selayang Baru hari ini.

Program dirasmikan Setiausaha Bahagian Eco Inovasi, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTEC), Hartini Mohd Nasir.

Hartini dalam ucapannya menyambut baik usaha warga SMK Darul Ehsan yang berjaya mengumpul plastik sekali guna untuk menghasilkan ecobrick.

“Plastik sekali guna ini penting untuk dikumpul agar ia tidak berada di tapak pelupusan sampah kerana plastik ini mengambil masa yang lama untuk terurai.

“Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna iaitu MESTEC berharap agar menjelang tahun 2030, negara kita dapat mengurangkan sisa plastik yang tidak boleh terurai ini,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda