Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Aktiviti Sayangi Malaysiaku Sempena Bulan Kemerdekaan

By 13 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)

BERTAM, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Sekolah yang merupakan tempat bermulanya Perdana Menteri ke-5, Tun Hj Abdullah Hj Ahmad Badawi mendapat pendidikan awal iaitu Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam telah mengadakan satu program kempen sambutan bulan kebangsaan.

Aturcara program dimulakan dengan pertandingan pakaian beragam murid PRA sekolah dan diikuti dengan pertandingan nyanyian karaoke lagu patriotik yang dipersembahkan oleh waris para pelajar. Selain itu, taklimat dari ASP Mohamad Ilias Jamaluddin dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara juga telah diberikan. Beliau memberikan taklimat keselamatan mengenai jenayah kecurian motosikal, pengubahsuaian motosikal dan basikal, pecah rumah, masalah dadah dan masalah sosial dalam masyarakat yang semakin membimbangkan.

Peserta PRA sekolah pertandingan pakaian beragam

Peserta PRA sekolah pertandingan pakaian beragam

Beliau menyeru agar semua lapisan masyarakat berperanan membantu dan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah dan mencurigakan yang berlaku di sekitar kawasan masing-masing.

“Syabas serta tahniah kepada semua guru-guru, murid-murid, ibu bapa waris, AJK PIBG sekolah kerana berjaya melaksanakan aktiviti program yang berpaksikan kepada kecintaan negara, yang sesuai dengan tema kebangsaan tahun ini iaitu Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih, ” ujar Guru Besar Sekolah Permatang Bertam dalam ucapan aluannya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh ADUN Bertam, Khaliq Mehtab. Beliau menyeru kepada semua pelajar untuk menghargai dan menghormati peranan guru-guru dan ibubapa dalam memberikan pendidikan yang terbaik.

Gimik Perasmian oleh Adun Bertam, Khaliq Mehtab

Gimik Perasmian oleh Adun Bertam, Khaliq Mehtab

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah serta Jabatan Penerangan kerana banyak membantu dalam menyemarakkan aktiviti dalam bulan Kebangsaan ini,” ujarnya sebelum mengakhiri ucapan perasmian.

Majlis diteruskan dengan gimik perasmian  memotong riben dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dan nyanyian lagu Jalur Gemilang serta Tanggal 31.

-II-

Tinggalkan komen anda