
Laporan/foto: Azuraini Abd Majid/Parameswary Lekshmanan (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Malaysiaaktif) â Pusat membeli-belah AEON Alpha Angle, Wangsa Maju menjadi saksi kejayaan Kumpulan  âAdiwirakuâ  setelah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 2019 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 20 April yang lalu.
âAdiwirakuâ  yang mempertaruhkan kisah berdarah pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak pada 1875 mengangkat lembaran sejarah Negeri Perak. Ia menjadi titik permulaan dan kemuncak kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British yang zalim dan melampaui batas  ketika itu.
Semangat kental tiga anak muda, Mohd Asmawie Md Sukhaili  28, L.P Darma Tewar Pandian Tewar 32  dan Krishnakumar Nair Kesavan Nair  28, sangat  dikagumi.  Ia merupakan percubaan kali ke-tiga mereka dalam pertandingan ini  dan akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya merangkul kejuaraan dengan menewaskan Kumpulan Citradaksina dan Kumpulan Gerak Pertiwi yang masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.
Semasa sesi temubual bersama Malaysiaktif baru-baru ini, mereka kelihatan sangat teruja dan gembira kerana dapat mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Terengganu pada 28 hingga 29 September 2019.
Namun  perasaan gementar tetap ada memandangkan saingan sengit terpaksa diharungi untuk berhadapan dengan para peserta dari 14 negeri lain melalui pusingan saringan sebelum ke pentas akhir.
Ketiga-tiga anak jati Kuala Lumpur yang  berbakat  besar dalam menterjemahkan seni lakonan ini terus memperkemaskan setiap inci penceritaan mereka dengan mengadakan sesi latihan lebih kerap pada setiap minggu.
âPersediaan kami lebih tertumpu kepada aspek vokal, ekspresi dan penghayatan skrip,â ujar Mohd Asmawie.
âAdiwirakuâ  tidak akan mempersiakan peluang beraksi di pentas akhir dan menaruh harapan tinggi untuk menjadi juara dan  membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM6,000, plak dan sijil penyertaan.
Kumpulan ini juga berharap ceritera yang bakal dipersembahkan nanti sedikit sebanyak dapat memberi  inspirasi kepada generasi muda untuk membina negara bangsa, menanam semangat patriotisme sekali gus mengangkat martabat tokoh-tokoh yang banyak berjasa kepada negara.
-AO