Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

B.I.J.A.K. “Safe And Protect” Tingkat Kesedaran Keselamatan dan Perlindungan Kanak-Kanak

By 27 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Kempen Keselamatan Kanak-Kanak: Sahabat B.I.J.A.K.”Safe And Protect” diharapkan dapat meningkatkan kesedaran kanak-kanak, ibubapa serta orang dewasa terutama dari aspek keselamatan dan perlindungan kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah dan menengah dengan lebih mendalam.

Menurut Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, dalam konteks kempen keselamatan itu meliputi usaha untuk mencegah, mengelak atau membanteras kanak-kanak daripada menjadi mangsa kegiatan jenayah berupa pengabaian, penderaan dan eksploitasi dari aspek fizikal, seksual dan emosi.

“Berteraskan Akta Kanak-Kanak Pindaan 2016, maka penganjuran program advokasi serta program yang khusus kepada perkembangan dan pembangunan kanak-kanak perlu dititikberatkan.

“Ia dapat dilihat melalui pengendalikan program-program khususnya kepada kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan, perlindungan, pemulihan dan penyertaan seperti program hari ini,” katanya.

Pelajar SK Pekan Dua membuat persembahan pidato sempena program tersebut.

Pelajar SK Pekan Dua membuat persembahan pidato sempena program tersebut.

Rozman mengajak semua pihak untuk membantu agensi-agensi kerajaan dalam mengenali dan memahami masalah di dalam komuniti masing-masing.

“Sesungguhnya keselamatan kanak-kanak ini bukan sahaja terletak pada bahu agensi-agensi di bawah kerajaan tetapi masyarakat sekeliling juga perlu bersama-sama memainkan peranan utama dalam memastikan komuniti mereka di dalam keadaan yang selamat dengan mengenali ahli dan memahami masalah-masalah yang timbul dalam komunitinya.

“Bagi mendidik kanak-kanak supaya mereka faham akan hak mereka dan tahu menjaga keselamatan diri, maka mereka perlu memahami sama ada mereka adalah mangsa penderaan atau sebaliknya sama ada penderaan secara fizikal, seksual atau emosi,” katanya semasa merasmikan Kempen Keselamatan Kanak-Kanak SAHABAT B.I.J.A.K “Safe and Protect” peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2019, di Sekolah Kebangsaan Pekan Dua, di sini semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

-SH

Tinggalkan komen anda