Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

DPLB Pemangkin Kemajuan Wilayah KEJORA

By 5 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto :  Norasilah Ibrahim/Shahqrul Azim Shaari (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 5 Sept ( Malaysiaaktif ) – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah mengambil langkah proaktif dengan menyebarluaskan maklumat melalui Taklimat Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030 yang telah diadakan di Dewan KEJORA, Bandar Penawar, di sini.

Taklimat ini bukan sahaja khusus untuk warga KEJORA namun ia turut melibatkan Ketua-ketua Jabatan dan Agensi yang merupakan rakan strategik serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di dalam wilayah KEJORA.

Ini bagi memastikan dasar dan inisiatif-inisiatif yang digariskan dapat difahami dan masyarakat bersedia menghadapi cabaran yang akan berlaku di kawasan luar bandar.

Pengurus Besar KEJORA Norazman Othman menyampaikan ucapan aluan di Taklimat Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030.

Pengurus Besar KEJORA Norazman Othman menyampaikan ucapan aluan di Taklimat Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030.

Pelaksanaan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) disokong oleh sepuluh teras dalam pembangunan luar bandar sebagai panduan dasar dan strategi ke arah mencapai visinya “Luar Bandar Sejahtera.”

Pengurus Besar KEJORA, Norazman Othman dalam ucapan aluannya berkata, beliau berharap pelancaran DPLB oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini mendapat sokongan padu dan penglibatan daripada semua pihak di setiap peringkat pelaksanaan dasar ini.

”Ianya tidak akan berjaya tanpa komitmen dalam merealisasikan inisiatif serta pelaksanaan program pembangunan luar bandar dan DPLB akan menjadi rujukan bagi perkara-perkara yang berkaitan supaya lebih konsisten.”

Salah seorang peserta menyampaikan hasrat dan harapan penduduk kampung berkaitan DPLB.

Salah seorang peserta menyampaikan hasrat dan harapan penduduk kampung berkaitan DPLB.

“Setiap warga perlu mempersiapkan diri untuk menerima pakai dasar ini dan pelaksanaan program-program di dalam wilayah KEJORA akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dan RMK-12 serta diperluaskan lagi ke kawasan-kawasan Wilayah KEJORA yang berpotensi merangkumi 34 buah kampung pinggiran dan kampung-kampung dalam daerah Kota Tinggi dan Kluang yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor dengan jumlah tambahan sebanyak 308 buah kampung secara keseluruhannya,”ujarnya lagi.

Menurut salah seorang peserta yang menghadiri taklimat ini, Zailani Doladi yang juga merupakan Pengerusi MPKK Kampung Simpang berharap agar kampungnya dimasukkan dalam pentadbiran wilayah KEJORA.

“Pelbagai perancangan akan dimajukan oleh KEJORA antaranya menjadikan kampung di bawah pentadbiran saya sebagai sebuah lokasi pelancongan dengan mengadakan perkhidmatan teksi air yang membolehkan para pelancong menyusuri sungai untuk melihat keindahan alam semula jadi dari muara Sungai Sedili di Sedili Besar hingga ke hulunya di Kampung Mawai Lama yang mana turut akan melalui Kampung Simpang,” katanya.

Tambah beliau, pembangunan untuk menaiktaraf empangan air, loji air Kampung Gembut dapat dipertimbangkan agar 300,000 penduduk di Sedili dapat menikmati air bersih pada masa akan datang.

Taklimat DPLB telah disampaikan oleh Pegawai KPLB, Norhalizah Ismail dan majlis ini turut diserikan lagi dengan Penyerahan Buku Dasar Pembangunan Luar Bandar sebagai tanda simbolik Perasmian DPLB Peringkat Wilayah KEJORA oleh wakil Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kepada Pengurus Besar KEJORA Norazman Othman.

-NI-

Tinggalkan komen anda