Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Ambang Kemerdekaan Semarakkan Jiwa Patriotik

By 1 September 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto : Noor Suraya Binti Zainal (Timur Laut)

JELUTONG, 1 Sept (Malaysiaaktif) – Saban tahun kita menyambut kemerdekaan sebagai memperingati tarikh negara mencapai kemerdekaan. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan berkibar di tempat-tempat tertentu.

Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat telah mengadakan pelancaran ambang kemerdekaan baru-baru ini bagi meningkatkan semangat patriotisme di kalangan pelajar. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lanchang, Ong Ah Teong, turut hadir dan merasmikan pelancaran ambang kemerdekaan tersebut.

Gimik perasmian

Gimik perasmian oleh RSN Rayer

“Pada zaman ledakan era globalisasi ini, generasi muda khususnya perlu memperkukuhkan perpaduan dan perlu memperkuatkan semangat patriotisme yang tinggi agar menjadi lebih kompetitif dan dinamik.”

Saya berharap  pelajar lain terus menyokong usaha sekolah dan mengambil bahagian dalam setiap program dan aktiviti yang di anjurkan  saban tahun” ujar RSN Rayer.

Sesi bergambar guru-guru bersama RSN Rayer

Sesi bergambar guru-guru bersama RSN Rayer

Aktiviti lain yang turut berlangsung pada itu termasuk pakaian beragam di kalangan pelajar, aktiviti mewarna dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

-II-

Tinggalkan komen anda