Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kepelbagaian Budaya Kekalkan Kesepaduan Kaum

By 9 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Perbezaaan budaya pelbagai kaum di Malaysia merupakan salah satu ciri unik negara ini dan diterjemahkan oleh rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai etnik iaitu Melayu, Cina, India dan suku peribumi lain termasuk di Sabah serta Sarawak.

Dengan membawa semangat perpaduan berbilang kaum melalui kepelbagaian budaya, Program [email protected] Ujong Walk telah diadakan di Sungei Ujong Walk, di sini kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon, berkata Program [email protected] Ujong Walk ini akan menjadi wadah untuk membuktikan bahawa perpaduan kaum boleh dicapai melalui kepelbagaian budaya

“Kita telah menjemput pelbagai bangsa untuk berniaga di sini dan ia merupakan satu permulaan yang baik dan kita akan meneruskan misi ini dengan membangunkan tempat yang sinonim dengan sesuatu kaum mengikut budayanya,” ujarnya ketika ditemui.

WhatsApp Image 2019-09-08 at 11.52.39

Gimik perasmian Program [email protected] Ujong Walk.

Menurut Nicole lagi, program tersebut turut dimeriahkan oleh masyarakat sekitar Seremban dan ini membuktikan semangat perpaduan berbilang kaum masih utuh di negeri ini.

Program ini juga lebih bermakna dengan keberangkatan Dato Undang Luak Sungei Ujong, Dato’ Klana Petra, Datuk Mubarak Dohak dan Toh Puan.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti jualan dan persembahan kebudayaan pelbagai kaum juga telah diadakan.

Majlis turut dihadiri Dato’ Shahbandar Sungei Ujong, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Datuk-Datuk Penyandang Pusaka Adat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan serta pelbagai persatuan kebudayaan negeri ini.

-AK

Tinggalkan komen anda