Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kerajaan Komited Banteras Rasuah – Latheefa

By 12 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Juslie Bacle / Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 12 Sept (Malaysiaaktif) – Kerajaan memandang serius dan komited dalam membanteras gejala rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, pihaknya sentiasa menerima sebarang aduan berkaitan rasuah dan sekiranya aduan tersebut jelas, tindakan segera akan diambil untuk menjalankan siasatan.

“Orang ramai mula membuat aduan mengenai kes rasuah, namun siasatan tidak dapat dijalankan kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh.

“Bagi SPRM memulakan siasatan, aduan atau informasi yang disalurkan perlu disertakan dengan bukti agar kita dapat mengambil tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) pada Rabu.

Menurut Latheefa, tujuan kunjungan adalah untuk membincangkan hal-hal berkaitan pencegahan rasuah di Sabah serta menawarkan penempatan seorang pegawai kanan SPRM di Jabatan Ketua Menteri.

“Penempatan ini adalah untuk memantau dan memastikan tidak ada sebarang aktiviti rasuah yang berlaku dan juga penyalahgunaan kuasa dalam soal tadbir urus kerajaan negeri.” katanya lagi.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabah, Dato Sazali Salbi.

ER

Tinggalkan komen anda