
Laporan/foto: Nazri Ramshah Abdul Basah / Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU, 12 Sept (Malaysiaaktif) – Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Khairul Anuar Abdul Halim membuat kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pada Rabu.
Menurut Khairul, kunjungan diadakan bagi memperkenalkan diri sebagai pengarah baharu yang dilantik di Jabatan Peguam Negara Sabah (AGC) bermula Julai lepas.
“Kunjungan ini adalah tradisi Jabatan Peguam Negara Sabah (AGC) sekiranya terdapat pertukaran pengarah dalam jabatan.
“Hal ini kerana, Pengarah Pendakwaan Negeri bertanggungjawab keatas kes-kes yang berlaku di negeri ini,” katanya.
Tambah beliau, Tun Juhar turut menyampaikan amanat agar kerjasama baik antara AGC dan Kerajaan Sabah yang terjalin selama ini dapat diteruskan.
ER