Skip to main content
Berita TempatanLabuan

KWP dan Air Asia Kerjasama Promosi Pelancongan

By 7 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 7 Sep (Malaysiaaktif) – Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi mengambil inisiatif bekerjasama dengan AirAsia untuk mempromosi program/produk pelancongan Wilayah Persekutuan dengan lebih konsisten.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad, beliau yakin dengan AirAsia selaku syarikat tambang murah terbaik dunia selama 11 tahun dan pengalaman selama 19 tahun serta memiliki 232 buah pesawat dapat menjayakan misi tersebut.

“Dengan pengalaman AirAsia sebagai pemain utama khususnya sektor pengangkutan udara tambang murah sememangnya ia dapat memberi kekuatan dari segi data pengguna untuk kita bersama-sama berkongsi keindahan serta destinasi tumpuan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

“Keyakinan kami dengan kejayaan yang
dilakar oleh AirAsia dalam menuju ke arah Digital Company and Lifestyle Business serta
penyedian teknologi terkini bagi kemudahan
pengguna membuatkan kami yakin dan ingin bekerjasama dalam memastikan sektor pelancongan di Wilayah Persekutuan
terlaksana dengan jayanya,” katanya sempena Majlis Pelancaran Inflight Media Advertisement Space Air Asia, di sini semalam.

Menurut Khalid lagi, kaedah terbaharu medium pengiklanan dalam pesawat AirAsia melalui
media digital portal rokki.com, Overhead
Lockers, Meal Tray Back dan Printed
Advertising akan dapat memasarkan produk
pelancongan Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Labuan dengan lebih meluas.

“Majalah Travel 360 yang ditempatkan di dalam 232 buah pesawat AirAsia dan dibaca
oleh lebih lima juta pembaca sebulan serta boleh diakses melalui Travel360.com dengan capaian lebih 100 ribu muat turun sebulan ternyata akan memberi pengetahuan kepada para pelancong tentang Wilayah Persekutuan,” katanya lagi.

Tambahnya, Wilayah Persekutuan mempunyai pelbagai tarikan produk pelancongan yang menarik untuk dipromosi kepada pelancong luar.

“Labuan misalannya, semakin dikenali melalui program-program pelancongan yang bertaraf antarabangsa seperti Labuan International Sea Challenge, Labuan Art Festival dan the 1st Labuan International Kite Festival selain menjadikan Taman Burung Labuan yang berusia 22 tahun hasil ilham Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai salah satu simbol pelancongan penting di Labuan tidak lama lagi,” tambahnya.

-SH

Tinggalkan komen anda