
Laporan/ foto: Ahmad Faiz Mansur/ Azimee Bin Abdullah (Daerah Barat Daya)
BAYAN LEPAS, 1 Sept – Lebih 300 orang penduduk sekitar Bayan Lepas menyertai Program Larian Merdeka yang dianjurkan bersama Pejabat ADUN Bayan Lepas dan MPKK Rajawali, Bayan Lepas. Pelbagai peserta tidak mengira latar belakang kaum dan agama dilihat begitu harmoni dengan turut sama menyertai acara larian ini.
Larian sejauh 3 kilometer itu bermula jam 9 malam dilepaskan secara rasminya oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Sebelum upacara pelepasan larian merdeka, semua peserta melakukan senamrobik selama 15 minit.
ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz dalam ucapannya berkata, beliau berasa gembira dengan penyertaan ramai penduduk sekitar Bayan Lepas dan berharap lebih ramai lagi penyertaan yang terdiri daripada pelbagai kaum selepas ini. Beliau juga berharap program akan diadakan lebih banyak di kawasan Bayan Lepas.
Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapan perasmiannya pula berkata rakyat Pulau Pinang harus mengamalkan gaya hidup sihat dan program larian Merdeka ini merupakan contoh terbaik amalan gaya hidup sihat dan aktif yang perlu diamalkan seluruh rakyat di negara ini.
-II-