
Laporan/foto: Norus Sa’adah Ahmad & Edi Rizam / Edi Rizam (Putrajaya)
KUALA TERENGGANU, 28 Sept (Malaysiaaktif) – Lima Pasukan melayakkan diri ke Pentas akhir Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2019 yang bakal berlangsung esok, selepas berentap pada pusing saringan di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail sebentar tadi.
Keputusan disampaikan oleh Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isi Jabatan Penerangan, Muhammad Aszhari Abdul Rahman pada Majlis Makan Malam Penghargaan yang berlangsung di Dewan Perdana Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kuala Nerus di sini.
Lima kumpulan yang layak adalah daripada negeri Johor membawa tajuk “3 Leftenan yang Tidak Didendang’’, Negeri Sembilan yang membawa tajuk “Pelita yang Tidak Pernah Padam”, Negeri Pahang dengan tajuk “Kita Takkan Lupa”, Negeri Pulau Pinang dengan tajuk pengisahan “Rosli Dhobi: Tika Fajar Menjemputmu” dan Negeri Selangor dengan tajuk “Yang Luar Biasa”.
kelima – lima kumpulan layak selepas mengetepikan saingan daripada 10 kumpulan yang lain pada pusingan saringan yang bermula sejak pukul 9.00 pagi tadi, kesemua pasukan yang berentap membawa persembahan yang menarik dan mendebarkan diselangi dengan babak – babak sedih dan gembira sehingga mengusik jiwa pengunjung yang hadir.
Menurut Ketua Juri pada pusingan saringan Swady Guliling, semua kumpulan mempersembahkan penceritaan yang baik dan unik serta berjaya membawa mesej-mesej kenegaraan dan berjaya mengetengahkan jasa – jasa tokoh negara yang menjadi subjek pengisahan mereka “Keseluruhan perserta hari ini mempersembahkan persembahan bertenaga dan memenuhi kriteria penjurian sehingga barisan juri sukar membuat keputusan”. Ujarnya
Johan pertandingan akan membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM 6000.00, piala iringan dan siji penyertaan.
Pentas akhir esok akan berlangsung di Dewan al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin bermula pukul 9.00 pagi dan akan dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.