Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Imam Muda Asyraf Bakar Semangat Pelajar

By 28 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Sharifah Ithnin/ Khairul Annuar Zulkarnein (Alor Gajah)

MELAKA, 28 Sep (Malaysiaaktif) –Slot Imam Muda Asyraf sememangnya ditunggu-tunggu sempena Program Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Ceramah Motivasi PT3 dan SPM yang berlangsung di SMK Kem Terendak, di sini, kelmarin.

Program anjuran bersama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah ini turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Menurut Pengetua SMK Kem Terendak, Amran Abdul Shukor, program ini wajar diteruskan kerana bukan mudah untuk membawa seorang pendakwah selebriti seperti Imam Muda Asyraf ke program – program yang dianjurkan di peringkat sekolah.

Dengan adanya program kerjasama seperti ini dapatlah kami warga SMK Kem Terendak menimba ilmu dan bertukar-tukar pandangan dengan penceramah hebat ini,” ujar Amran Abdul Shukor.

Program yang julung kali diadakan ini telah menghimpunkan pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PT3 dan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Selain sesi ceramah motivasi, telah diadakan juga Majlis Solat Hajat dan bacaan surah Yasin yang diterajui oleh guru-guru sekolah berkenaan, sepertimana matlamat program ini iaitu ingin mendidik para pelajar agar bergantung harap dan bertawakal kepada Allah swt.

Dalam slot ceramah ini juga telah diselitkan sesi soal jawab dan perkongsian daripada para pelajar, guru dan ibu bapa pelajar yang hadir. Selain itu, turut diadakan edaran bahan-bahan penerbitan dari Jabatan Penerangan.

Pelajar-pelajar dan para guru yang hadir mendengar ceramah motivasi.

Pelajar-pelajar dan para guru yang hadir mendengar ceramah motivasi.

-KN

Tinggalkan komen anda