Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM Ke-4,15 September Ini

By 12 September 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 12 Sept (Malaysiaaktif) – Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional (KV) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kali Ke 4 bakal berlangsung pada 15 September ini di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menurut Pengarah KV Beaufort merangkap Pengerusi Pengarah KV Zon Sabah & WP Labuan Abd Hafidz Pg Adnan, raptai bakal berlangsung pada 14 September.

“Bagi pihak jawatankuasa pelaksana, kami berharap majlis konvokesyen yang diadakan mengikut zon ini dapat memudahkan urusan para graduan dan keluarga mereka.

“Secara keseluruhannya seramai 1,152 orang pelajar seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan bakal dianugerahkan dengan diploma selepas berjaya menamatkan pengajian selama empat tahun.

“Selain itu, graduan cemerlang mengikut program serta graduan terbaik bagi Zon Sabah dan WP Labuan bakal diumumkan sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas kejayaan mereka,” katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat bersama pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS), pada Jumaat.

Tambah beliau, para graduan dinasihatkan untuk mengurus keperluan seperti tempat tinggal lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan selain sentiasa mendapatkan info dari penyelaras konvokesyen mengenai sebarang perubahan dan makluman terkini.

Majlis bakal dirasmikan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob.

ER

Tinggalkan komen anda