
Laporan/ foto: U.Prakash/ Mohd.Shahriza (Daerah Timur Laut)
GEORGETOWN, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Pulau Pinang telah memilih tema perkahwinan tahun ini iaitu “The Joining of Hearts and Souls” yang bermaksud penyatuan dua hati dan dua jiwa di mana kesemua 24 pasangan pengantin ini akan melakukan upacara perkahwinan secara serentak dan melakar sejarah yang tersendiri kepada pasangan pengantin baru ini.
Majlis ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan turut hadir bersama Pengarah Pendaftaran Negara Negeri Pulau Pinang, Nur Zulfa binti Ibrahim dan Timbalan Pengarah Pendaftaran Negara Negeri Pulau Pinang, Azniza binti Osman.
Dalam ucapan perasmian Ketua Menteri Pulau Pinang selaku Pendaftar Besar Perkahwinan, beliau merasa teruja kerana ianya akan meninggalkan kenangan luar biasa terhadap dirinya dan warga kerja Jabatan Pendaftaran yang telah berjaya menganjurkan majlis yang bersejarah ini.
Menurut beliau lagi dengan adanya program “engagement,” ianya secara terus dapat meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan serta lebih dekat dengan masyarakat.
Beliau turut mengucapkan sekalung tahniah kepada 24 pasangan yang bakal melalui fasa baru dalam kehidupan dan juga berharap wajah kegembiraan dan senyuman yang terukir pada hari ni terus kekal dalam hubungan kasih dan sayang ini ujarnya lagi.
-II-