Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Sabah Sambut Hari Pahlawan 2019 Secara Sederhana Tetapi Meriah

By 20 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Juslie Bacle & Idris Sani Saberun/Ahmad Sarujin Seting, Azman Jumat & Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 20 Sept (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Pahlawan 2019 peringkat negeri di sini disambut sederhana tetapi meriah di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu, pada Khamis.

Sebanyak 34 kontinjen daripada pasukan beruniform, jabatan dan agensi kerajaan serta sekolah menyertai acara perbarisan yang diketuai Pegawai Tentera Darat, Mejar Zafrullah Zaharuddin.

PERIKSA...Tun Juhar memeriksa Kawalan Kehormatan Utama Batalion Ke-7 RAMD Kem Kabota Tawau.

PERIKSA…Tun Juhar memeriksa Kawalan Kehormatan Utama Batalion Ke-7 RAMD Kem Kabota Tawau.

Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Pelbagai acara berlangsung dengan lancar namun yang paling menyentuh perasaan ialah acara penyampaian sumbangan kepada Pegawai Komando 11 Rejimen Gerak Khas, Allahyarham Mejar Mohd Zahir yang terkorban dalam insiden di Kem Lok Kawi pada 4 September lepas.

Tun Juhar, Shafie dan dif-dif Kehormat berdiri menghormati Tiupan Paluan Akhir "The Last Post".

Tun Juhar, Shafie dan dif-dif Kehormat berdiri menghormati Tiupan Paluan Akhir “The Last Post”.

Sumbangan Yayasan Nur Jauhar itu disampaikan oleh Toh Puan Norlidah yang juga penasihat yayasan berkenaan kepada ibu Allahyarham, Rusunjan Muhamed pada acara kemuncak.

Allahyarham terkorban selepas terkena tembakan ketika membuat persembahan gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia.

EMOSI...Toh Puan Norlidah ketika menyampaikan sumbangan Yayasan Nur Jauhar kepada Rusunjan dan menyentuh emosi.

EMOSI…Toh Puan Norlidah ketika menyampaikan sumbangan Yayasan Nur Jauhar kepada Rusunjan dan menyentuh emosi.

Sambutan yang bermula jam 8 pagi dimulakan dengan acara tabik hormat Pasukan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Kabota Tawau dengan kekuatan 103 anggota diketuai Mejar Nik Mohd Azrul Fauzi, sebelum Tun Juhar memeriksa KKU berkenaan.

Seterusnya, majlis disusuli dengan Tiupan Paluan Akhir “The Last Post” oleh Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah pimpinan Pengarah Muzik, ASP Ravinthiran A/L Arunasalam dan deklamasi sajak bertajuk ‘Pahlawan’ oleh anggota Tentera Darat (TDM), Koperal Kartini Alwi.

Tun Juhar meluangkan masa melawat ke Pameran Tentera Darat.

Tun Juhar meluangkan masa melawat ke Pameran Peralatan Senjata Tentera Darat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Sambakaong, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Penganjur Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2019, Datuk Nordin Siman, Panglima Markas Divisyen ke-5 Infantri Kem Lok Kawi, Mejar Jeneral Datuk Mohammad Khir Abdullah serta Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah.

ER

Tinggalkan komen anda