Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Malam Semarak Puisi Mengangkat Martabat Sastera

By 23 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Nurazreen Abd Rahman/ Ariza Mohamed Zaki (Seberang Perai Utara)

PINANG TUNGGAL, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Gema Puisi membelah suasana malam di Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Indah, Kepala Batas dengan menyaksikan pimpinan tokoh masyarakat dan penyair berkongsi pentas meluahkan genta rasa melalui persembahan deklamasi puisi dan sajak di sini.

Majlis malam gema “Puisi Sayangi Malaysiaku” Peringkat Dun Pinang Tunggal yang diadakan telah menampilkan persembahan khas sasterawan tersohor iaitu Dr. Lim Swee Tin. Beliau merupakan seorang penyair dan deklamator yang mempunyai aura dalam kesusasteraan Melayu dan amat dipuji kerana berjaya mengangkatkan martabat dan memperkayakan khazanah sastera. Aturcara majlis juga diselang selikan kepada  penonton untuk dihiburkan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid terkenal In Team.

Majlis Malam Gema Puisi Sayangi Malaysiaku ini merupakan anjuran Pusat Khidmat Dun Pinang Tunggal dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara, PERSADA, Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) SMK Bertam Indah dan MPKK Bertam Indah. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato’ Dr Ir Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman. Dalam ucapannya,”Saya mengharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar generasi muda dapat menyelami seni kesasterawan ini,” katanya ketika memberikan ucaptama majlis.

Antara penonton yang hadir ke majlis Malam Gema Puisi Sayangi Malaysiaku Peringkat Dun Pinang Tunggal

Antara penonton yang hadir ke majlis Malam Gema Puisi Sayangi Malaysiaku Peringkat Dun Pinang Tunggal

Menurut Presiden Persatuan Seni dan Aspesiasi Sastera (PERSADA), Ahmad Ramli memberitahu “PERSADA Pulau Pinang ini merupakan salah satu platform bagi pengiat-pengiat seni untuk mengasah bakat dan bertukar-tukar pandangan dalam mengembangkan unsur kesasteraan dalam masyarakat.” Menurut beliau lagi,”Elemen-eleman sastera seperti bersajak, bersyair, puisi moden dan puisi tradisional perlulah dipertahankan supaya dapat disampaikan kepada pendengar dan pembaca akan menjadi lebih jelas dan tepat.”

Turut ditampilkan persembahan khas oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, yang telah mendeklamasikan sajak bertajuk “Candrawala Kemerdekaan” hasil karya Dr Lim Swee Tin.  Seramai  12 orang pendeklamator sajak telah menyerikan Malam Gema Puisi Sayangi Malaysiaku Peringkat Dun Pinang Tunggal.

TKM1 Pulau Pinang mendeklamasikan sajak 'Candrawala Kemerdekaan'

TKM1 Pulau Pinang mendeklamasikan sajak ‘Candrawala Kemerdekaan’

-II-

Tinggalkan komen anda