Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Inisiatif Bantuan Kerajaan Terus Ke Golongan Sasar

By 23 September 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Muhamad Zaini Dollah/ Mohd Faizal Mat (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Komuniti Harapan Malaysia Sungai Acheh 2 telah mengadakan program Santai Minda bersama penduduk bertempat Di Dewan MPKK Dato’ Keramat di Kampung Haji Omar, baru baru ini.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah SPS, Farhani Ismail, “Program berskala kecil ini bertujuan memberi maklumat dan menyebar luaskan inisiatif-inisiatif yang diberikan kerajaan kepada rakyat terutamanya penduduk kampung agar mereka tidak tercicir daripada sebarang info yang banyak memberi manfaat.”

Edaran risalah dan bahan maklumat

Edaran risalah dan bahan maklumat

Katanya lagi, “Penolong Pengarah Bahagian JAPEN Pulau Pinang, Izzuddin Berahim dijemput bagi memberi penerangan dengan menyampaikan taklimat khas berkaitan MySalam dan PEKA B40 kepada golongan yang disasarkan.”

Di antara yang hadir menjayakan program

Di antara yang hadir menjayakan program

Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia Sungai Acheh 2, Sobri Azali melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan program yang berskala kecil ini, namun memberi manfaat yang sangat besar kepada penduduk kampung terutamanya warga emas berkaitan faedah yang boleh mereka perolehi melalui MySalam, katanya.

-II-

Tinggalkan komen anda