Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Memartabatkan Bahasa Melayu

By 13 September 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto : Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 13 Sept (Malaysiaaktif) – Umum mengetahui Bahasa Melayu merupakan Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara iaitu Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Namun, dalam abad ke-21 ini Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor Aminolhuda Hassan, kerajaan Negeri Johor telah menyahut dan akan memulakan langkah dengan menggunakan tulisan jawi dalam semua urusan dan urusan agama Islam Negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor Aminolhuda Hassan ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor Aminolhuda Hassan ketika menyampaikan ucapan perasmian.

“Langkah ini merupakan satu perubahan yang bakal mengubah persepsi segelintir pihak terhadap tulisan jawi dengan beranggapan ianya sebuah seni, penulisan lapok dan ketinggalan zaman dan tambahan lagi, yang perlu diketengahkan ialah ideologi kita untuk memartabatkan bahasa melayu tidak hanya sekadar menulis jawi dan membaca bahasa Melayu dalam semua urusan tetapi berkait rapat dengan kaedah pertuturan seharian.”

“Identiti Negara bukan sekadar bergantung hanya kepada kebolehan dan fasih berbahasa Melayu sebaliknya bahasa juga boleh melambangkan bangsa dari segi identiti dan Melayu mengajar bangsanya bertutur dengan bahasa baik dan sopan serta tidak ada gunanya berbahasa Melayu tetapi meruntuhkan mahupun sekadar menulis sesuatu yang bertentangan dengan peradaban melayu mahupun Islam,” katanya ketika berucap merasmikan program Seminar Negara Bangsa ‘Bahasa Melayu – Identiti Negara’ di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat baru-baru ini.

Para jemputan yang hadir ke Seminar Negara Bangsa.

Para jemputan yang hadir ke Seminar Negara Bangsa.

“Ingatlah, bahasa itu merupakan cerminan bangsa dan bangsa itu adalah cerminan kepada negara dan jangan dibiarkan kehormatan bahasa Melayu dinodai oleh parasit yang sedang menabur benih-benih kebencian kepada komuniti bangsa dan bahasa kita.”

“Identiti negara tidak cukup dengan melahirkan masyarakat negara ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi identiti negara tetap menuntut masyarakat dalam negara ini mempunyai pertuturan yang baik, sopan serta berhemah tinggi demi kesejahteraan bersama dan semoga segala garapan dan usaha yang kita lakukan ini memberi faedah kepada semua bangsa Johor,” tambahnya lagi.

Profesor Linguistik UKM, Prof. Dr. Teo Kok Seong ketika membentangkan kertas kerja mengenai martabat bahasa Melayu.

Profesor Linguistik UKM, Prof. Dr. Teo Kok Seong ketika membentangkan kertas kerja mengenai martabat bahasa Melayu.

Pada hari tersebut tiga tokoh bahasa diundang untuk membincangkan martabat bahasa Melayu iaitu Penyandang Pengerusi Zaaba Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof. Dr. Awang Sariyan, Profesor Kejuruteraan Kimia Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud dan Profesor Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Dr. Teo Kok Seong.

Dalam pada itu, menurut Profesor Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata bahasa itu ada kuasa untuk menyatupadukan ummah dan ini terbukti dimerata tempat serta dunia dan disepanjang sejarah manusia dan bukan itu sahaja, bahasa Melayu juga sebagai alat kemajuan serta sememangnya terbukti bahawa bahasa Melayu ada kemampuan untuk memandaikan anak bangsa dan ada kemampuan memajukan negara,” jelas beliau ketika membentangkan kertas kerja mengenai martabat Bahasa Melayu.

Proram yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor, Pertubuhan Amanah Nadi Bangsa dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Johor serta Pertubuhan Kebajikan Peduli Insan Sri Gading itu turut dihadiri Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Anwar Ibrahim dan Pegawai Daerah Batu Pahat Zulkiflee Abbas.

-NI-

Tinggalkan komen anda