Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Menerapkan Nilai Sayangi Malaysia Dari Peringkat Rendah

By 19 September 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Nurazreen Bt Abd Rahman/ Ariza Mohamed Zaki (Seberang Perai Utara)

PENAGA, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara hari ini berkesempatan memberikan bantuan teknikal tayangan layar bistari bersempena dengan Majlis  Penutup Program Hari Kebangsaan  di Sekolah Kebangsaan Pulau Mertajam. Program yang bermula dari jam 10.30pagi ini telah dihadiri bersama oleh seramai 30 guru dan 235 murid dari darjah 1 hingga ke darjah 6.

Tayangan video dokumentari bertajuk ‘Kemerdekaan Malaya’ ditayangkan kepada para pelajar dan guru-guru.

Tayangan layar bestari

Tayangan layar bestari

Murid-murid dan guru-guru melihat tayangan layar dengan penuh berminat setelah dimaklumkan bahawa tayangan tersebut adalah keluaran terhad dan hanya terdapat daripada Jabatan Penerangan sahaja. Kisah mengenai pengisytiharaan Kemerdekaan negara pada tahun 1957 dengan durasi dokumentari selama 36 minit itu menceritakan proses kemerdekaan negara yang berlaku dalam negara pada ketika itu.

Mohd Idham Syamil, 10 tahun

Mohd Idham Syamil, 10 tahun

dari Bakau Tuna merasa teruja kerana ini merupakan pengalaman beliau yang pertama.

Selain itu, pelbagai menarik turut diadakan seperti pertandingan nyanyian patriotik, pertunjukan pakaian beragam merdeka, pertandingan sajak sekolah.

-II-

Tinggalkan komen anda