Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Perarakan Bot Serikan Sambutan Hari Malaysia

By 19 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail (Daerah Barat Daya)

TELUK BAHANG, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Hari Malaysia pada tahun ini membawa seribu makna kepada penduduk Teluk Bahang dan para pelancong di sekitarnya kerana pada tarikh keramat itu telah diadakan perarakan bot bermula dari Taman Negara Teluk Bahang hingga ke Hotel Rasa Sayang Batu Feringghi.

Program yang dianjurkan oleh Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Pulau Pinang dengan kerjasama MPKK Teluk Bahang dan MPKK Teluk Awak itu, diadakan bertujuan untuk mempromosikan lagi perkhidmatan bot pelancong kepada para pelancong Taman Negara khususnya dan penduduk Pulau Pinang amnya.

Sebanyak hampir 30 buah bot pelancong mengambil bahagian dalam perarakan tersebut dan ianya mendapat kerjasama penuh dari pelbagai agensi antaranya seperti Balai Polis Teluk Bahang, Taman Negara Teluk Bahang, Jabatan Bomba Teluk Bahang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Pulau Pinang dan Tourism Malaysia Wilayah Utara.

Bot yang dihiasi dengan Jalur Gemilang

Bot yang dihiasi dengan Jalur Gemilang

Majlis pada petang itu turut dihadiri oleh Pengarah Tourism Malaysia Wilyah Utara, Ahmad Husni Bin Ahmad Basri serta ADUN Pulau Betong yang mewakili Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan perasmian telah disempurnakan oleh ADUN Teluk Bahang, En. Zolkifly Bin Md Lazim.

Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Pulau Pinang yang dikenali sebagai Nana Din berkata, beliau amat gembira dengan sambutan masyarakat setempat serta para pelancong pada program petang ini dan berharap agar para pelancong yang mengunjungi taman negara pada masa hadapan dapat menggunakan perkhidmatan bot pelancong bagi membantu ekonomi penduduk setempat.

Di antara yang terlibat menjayakan program

Di antara yang terlibat menjayakan program

Beliau juga menasihati pemandu bot pelancongan yang masih belum mempunyai lesen agar berbuat demikian dengan kadar segera bagi menjamin keselamatan dan keselesaan para penumpang.

-II-

Tinggalkan komen anda