Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Pelbagai Budaya Lambang Perpaduan Kaum di Malaysia

By 24 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Azuraini Abd Majid (Kuala Lumpur)

 

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Malaysiaaktif) – Tarian Singa dan Perayaan Kuih Bulan merupakan budaya adat tradisi turun temurun kaum Cina di Malaysia. Tarian Singa yang begitu sinonim dengan pergerakan yang rancak diiringi gendang mampu memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Manakala Perayaan Kuih Bulan yang disambut sempena bulan mengambang penuh akan diserikan pula dengan tanglung-tanglung yang bercahaya.

 

Rentetan itu, Pejabat Ahli Parlimen Seputeh dengan kerjasama Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Seputeh telah menganjurkan Pertandingan Tarian Singa yang bermula jam 11.30 pagi seterusnya Sambutan Perayaan Kuih Bulan pada jam 7 malam bertempat di Pusat Komuniti Sri Petaling.

 

Pertandingan Tarian Singa menyaksikan 15 pasukan berentap untuk merebut  Piala YB Ahli Parlimen Seputeh bagi  2019 ini.

Teresa Kok melawat pameran Pusat Maklumat Rakyat JaPen WPKL.

Teresa Kok melawat pameran Pusat Maklumat Rakyat JaPen WPKL.

 

“Uniknya  pasukan Tarian Singa yang bertanding pada kali ini bukan sahaja terdiri daripada kaum Cina malahan turut disertai oleh kaum India dan Melayu. Persembahan Tarian Singa memerlukan semangat setiakawan dan persefahaman yang tinggi. Maka tidak hairanlah sekiranya tarian ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia di negara ini,” kata Menteri  Industri Utama merangkap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

 

“Sambutan Perayaan Kuih Bulan pula mampu memperkukuhkan semangat perpaduan, sikap kerjasama dan saling bantu-membantu seterusnya mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat setempat,” ujar  beliau  lagi.

 

Budaya dan adat resam yang dikongsi bersama walaupun berbeza  kaum  dan agama dapat membentuk sebuah masyarakat harmoni. Ia memupuk  rasa  kebersamaan  dan perasaan itu akan terus kekal  dalam hati rakyat Malaysia selama-lamanya.

 

Hampir  2,500 orang penduduk sekitar hadir ke program ini. Turut diadakan  pameran daripada Malaysian Palm Oil Council (MPOC) bagi mempromosikan Kempen Sayangi  Sawitku dan juga pameran daripada Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan WPKL.

 

-AO

Tinggalkan komen anda