Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKelantan

Perantara Maklumat Kerajaan Kepada Rakyat

By 19 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 19 Sep (Malaysiaaktif)
Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad, Great Eastern Takaful, KWSP serta Pejabat Kesihatan Kedai Lalat Kota Bharu berganding bahu menjayakan ‘Program Merdeka@Komuniti’ di Kampung Sering bersama kaum Tiong Hwa serta masyarakat sekitar.

Program ini bertujuan menjelaskan masyarakat setempat berkaitan inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan kerajaan dan memanfaatkan rakyat yang layak khususnya golongan B40.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Kelantan, Lim Ann Teck berkata kaedah pelaksanaan aktiviti seumpama ini merupakan salah satu daripada empat garis panduan di dalam memasarkan setiap maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan iaitu ‘engagement’ dengan membina jaringan komunikasi dan interaksi dengan kumpulan sasar di dalam memasarkan maklumat serta penyelesaian masalah persepsi rakyat terhadap kerajaan pada hari ini.

Sesi pemeriksaan kesihatan secara percuma dan penerangan ringkas  PekaB40 turut disalurkan melalui Klinik Kesihatan Kedai Lalat.

Sesi pemeriksaan kesihatan secara percuma dan penerangan ringkas PekaB40 turut disalurkan melalui Klinik Kesihatan Kedai Lalat.

“Melalui kaedah ‘outreach’ pula iaitu melaksanakan setiap program secara turun padang mendekati kumpulan sasar yang terpinggir khususnya di kawasan pedalaman amat bersesuaian dengan program ini,” tambah Lim Ann Teck.

Penggerak masyarakat kaum Tiong Hwa Kampung Sering, Tan Hock Lai, 55, menyifatkan penyaluran maklumat melalui kaedah ini pasti lebih menyakinkan masyarakat setempat yang mana aktiviti anjuran Jabatan Penerangan Kelantan adalah pendekatan yang cukup sesuai bagi menyampaikan setiap isu semasa serta dasar- dasar kerajaan untuk disebar luas kepada masyarakat umum.

Kam Han Cheong, 54, berpendapat menerusi kaedah turun padang mendekati kelompok sasar dan terus mendaftar kepada yang layak memohon bantuan disediakan begitu bermakna dan bermanfaat serta cepat dan memudahkan sebilang besar masyarakat khususnya di kampung berkenaan.

Masyarakat setempat yang hadir mendengar ucapan Pengarah Penerangan Kelantan, Lim Ann Teck

Masyarakat setempat yang hadir mendengar ucapan Pengarah Penerangan Kelantan, Lim Ann Teck

Manakala bagi Law Chen Yen, 33, beliau amat berterima kasih kepada Jabatan Penerangan Kelantan serta agensi terlibat kerana beliau berjaya mendaftar Rebet TNB 40, semakan untuk i-suri dan mySalam.

“Penganjuran aktiviti seumpama ini amat dinantikan oleh sebilangan besar masyarakat”, ujarnya.

Program kali ini melibatkan hampir 150 orang masyarakat sekitar, yang diberikan pendedahan, penjelasan dan pendaftaran terus di kaunter i-suri, mySalam, Rebet TNB 40, PeKa B40 serta pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi yang layak.

-NAZ

Tinggalkan komen anda